TRANSFORMASI GWILYM PUGH: DARI ‘UGLY DUCKLING’, KINI WAJAH EKSLUSIF PRODUK DAVID BECKHAM
Anda bukan tidak kacak, anda cuma..malas! Ya, itulah gambaran yang boleh GL katakan pada Gwilym Pugh, seorang lelaki biasa berusia 33 tahun yang memulakan syarikat insurans hanya bilik tidur akibat penyakit lutut yang dialaminya. Bekerja dari rumah telah menyebabkan Gwilym mengalami kenaikan berat badan yang mendadak, iaitu sebanyak 280 paun dilaporkan.

Namun, satu ‘keajaiban’ berlaku pada suatu hari di mana tukang gunting rambutnya menyuruh Gwilym untuk membela jambang dan menurunkan berat badannya. Pada mulanya, ia nyata sukar untuk buatnya, namun atas dedikasi dan determinasi, lihat saja transformasi dirinya.





“Saya boleh dikatakan overweight, dan bekerja 12 jam sehari dari rumah, perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya memutuskan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada yang sekarang ini,” jelasnya pada Daily Mail.
![]()
Dan sekarang Gwilym yang berumur 33 tahun kini bekerja di bawah bumbung agensi model AMCK London. Dia juga turut bekerjasama dengan jenama Vans, Bud Light, Diesel, dan nama-nama besar lain. Yang paling menarik, kerja kerasnya juga membuahkan hasil apabila dirinya dilantik menjadi duta bagi jenama David Beckham untuk produk lelaki, House 99! Bayangkan, instaram akaunnya juga turut mendadak naik dan telah mengumpul sebanyak 309k pengikut. Malah dirinya turut disunting untuk pengambaran sebuah majalag terkemuka, iaitu GQ!


Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM
Gaya David Beckham pada tahun 2000's menjadi satu perbualan yang cukup ikonik dan sinonim dengan makna sebenar gaya Y2K.










