Skip to content

SEPULUH ATLET TERCANTIK OLIMPIK 2016

Kongsikan artikel ini
TEKS: RYAN MOHAMAD

Fokus kini tertumpu di Rio bersempena Sukan Olimpik yang sedang berlangsung. Selain rekod baru yang ingin dilihat melalui pencapaian atlet dunia, pesona mereka juga menjadi punca utama rating meningkat buat penonton dunia melalui medium media sosial mahupun siaran secara langsung. Saya senaraikan 10 atlet tercantik untuk Olimpik Rio 2016.

LERYN FRANCO, PARAGUAY
Lontar Lembing

Atlet profesional, pelakon dan model. Dia mula bertanding di Sukan Olimpik 2004, 2008 dan 2012. Lontaran terbaiknya pada 57,77 meter dan mecatatkan rekod terbaik untuk negaranya pada 2011. Pernah membintangi dilem Eliza Lynch: Queen of Paraguay dan dia juga merupakan naib juara untuk Miss Universo Paraguay pada tahun 2006.

Instagram @lerynfranco1

1

ALY RAISMAN, AMERIKA SYARIKAT
Gimnastik

Aly adalah kapten pasukan Gimnastik Wanita AS pada tahun 2012 dan memenangi beberapa pingat emas. Salah satu daripada aksinya yang paling membanggakan ialah di Sukan Olimpik 2012. Dia pernah membintangi siri realiti TV Dancing With The Stars dengan memenangi tempat keempat. Dia merupakan wanita Amerika pertama memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Instagram @alyraisman

2

 

ANA LVANOVIC, SERBIA
Tenis

Pemain tenis professional untuk Serbia, dia kini menduduki ranking nombor enam oleh Persatuan Tenis Wanita (WTA). Dia menjadi pemain profesional pada Ogos 2003 dan telah memenangi Kejohanan Juara-Juara WTA 2010 dan 2011. Menduduki tempat ke tujuh dunia pada 2015 dan Olimpik Rio 2016 merupakan penglibatannya yang ketiga kali.

Instagram @anaivanovic

3

 

PAIGE SELENSKI, AMERIKA SYARIKAT
Hoki Padang

Selenski adalah atlet wanita berbadan fitness tercantik, satu penghormatan diberi majalah ESPN edisi ‘Body Issue’. Lulusan Universiti Virginia ini memenangi pingat emas pada Sukan Pan Amerika pada 2011.

Instagram @paigeselenski

4

 

MELANIE ADAMS, AUSTRALIA
Lompat Galah

Namanya bukan asing untuk Sukan Olimpik. Dia merangkul juara peringkat kebangsaan sebelum usianya mencecah 21 tahun. Biarpun dia seorang atlet, dia juga model dan punya harapan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik  Miss Universe. Melibatkan diri dalam sukan ini sejak berusia 11 tahun.

Twitter @meladamsfitness

5

 

SOPHIE HORN, BRITAIN
Golf

Hebat dalam sukan golf hingga dinobat Norfolk County Champion untuk tiga tahun berturut-turut bermula usianya baru 15 tahun. Dia juga seorang jurulatih peribadi yang berkelayakan dan merupakan finalis untuk “Maximuscle Body 2009”. Wajahnya terpampang dalam berbagai majalah ternama.

Twitter @sophiehorn

6

 

ALLISON STOKKE, AMERIKA SYARIKAT
Lompat Galah

Pemegang ijazah sarjana dari Universiti California Berkeley semasa giat berlatih untuk Olimpik 2016 ini. Dia menjadi wajah jenama Nike dan Athleta pada 2015 dan dirinya telah dijadikan kajian untuk watak Korra dalam The Legend of Korra.

Instagram @allisonstokke

7

GENIE BOUCHARD, KANADA
Tenis

Merupakan individu pertama dari Kanada untuk sampai ke peringkat akhir Grand Slam dalam acara perseorangan dan lantas menjadi naib johan tewas kepada Petra Kvitova. Merupakan pemaian tenis wanita ranking nombor 42 di dunia dan punya kakak kembar bernama Beatrice.

Instagram @geniebouchard

8

YANA KUDRYAVTSEVA, RUSIA

Gimnastik Berirama

Remaja asal Rusia ini bakal menginjak usia 18 pada 30 September ini. Usia muda bukan penghalang merangkul pingat terutamanya di peringat Eropah dan dunia. Dia pemegang rekod sebagai individu termuda dalam sukan gimnastik berirama yang memenangi kejuaraan dunia pada usia 15 tahun.

Instagram @kudryavtseva_y

olimpik9

 

JACQUELINE CARVALHO, BRAZIL
Bola Tampar

Punya ketinggian 6’1″ dan berambut coklat membuat anda tak berkelip mata pabila melihat aksi bola tampar. Telah menggengam dua pingat emas dan anugerah Best Spiker di FIVB World Grand Prix 2010. Mampukah kecantikan mengatasi aksi persembahan? Sama-sama kita nantikan.

Instagram @jaque1212

10

By RYAN MOHAMAD
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut