KLFW 2018 #IGotStyle & peluang memenagi koleksi SUPERSUNDAY

Bertapak sekali lagi di lokasi hangat tumpuan ramai, Pavilion KL menjadi pentas kilauan bagi para pereka mempersembahkan koleksi mereka di minggu fesyen Kuala Lumpur (KLFW), kini kembali untuk tahun keenam yang akan bermula dari 8 hingga 12 Ogos 2018.
Seperti edisi-edisi sebelumnya, KLFW2018 menjanjikan senarai pereka fesyen yang mengujakan buat acara tahun ini. Kesemua rekaan baju yang akan dipamerkan tahun ini belum pernah dipertontonkan lagi. Bermaksud para penotnton yang hadir ke KLFW tahun ini akan dipberi persembahan eksklusif koleksi terbaru para pereka terkemuka seprti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Atelier Fitton, Fiziwoo, Nurita Harith, Fazura, Kavita, Mimpikita, Innaired, Afiq M, Syomirizwa, Cassey Gan, UnitNerd dan banyak lagi.

Salah satu jenama yang akan menampilkan koleksi di KLFW Ready-To-Wear 2018 ini merupakan SUPERSUNDAY. Dilancarkan pada tahun 2007, SUPERSUNDAY bereksperimen dengan idea membasmi norma sosial. Kualiti produk yang dihasilkan diinspirasi dengan subkultur. Jenama ini mengetengahkan komunikasi melalui visual yang ditonjol generasi muda dan menggalakkan mereka eksperimen gaya di luar barometer sosial.
Berita baik buat peminat SUPERSUNDAY, anda berpeluang untuk memenangi koleksi SUPERSUNDAY X MR BURP (Street artist: 7 Foot Deep) seperti yang dipaparkan di atas serta 2 tiket untuk menyaksikan pertunjukan fesyen SUPERSUNDAY! Jangan lepaskan peluang keemasan ini, nantikan update terkini untuk mengetahui cara-cara penyertaan dengan mengikuti akaun Instagram GLAM Lelaki di @glamlelaki dan juga Facebook di GLAM Lelaki
*Penyertaan bagi memenangi koleksi SUPERSUNDAY ini akan bermula pada 4 Julai 2018 dan berakhir pada 31 Julai 2018.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.










