TEKAD SEORANG JAGUH – OOI TZE LIANG
Rutin bergaya dan terjunan bersahaja menjadi percaturan. Pendaratan kemas ibarat satu perhitungan. Setiap momen diambil kira, apatah lagi nama Malaysia dalam pertaruhan. Menjadi atlet kebanggaan dalam sukan terjun negara, Ooi Tze Liang masih belum mampu tersenyum gembira. Ini kerana misi masih belum terlaksana. Beliau tekad untuk terus mara dan bangkit buat negara tercinta. Inilah janji seorang jaguh!
Masih terkesan akan kejayaannya menjadi atlet lelaki pertama Malaysia yang menyarung gah pingat emas di leher sewaktu Sukan Komanwel 2014 untuk acara tiga meter papan anjal di Glasgow, GL mendabik hormat akan atlet muda ini. Walau masih hijau melayari kehidupan, anak muda yang baru beranjak usia 24 tahun ini hadir dengan pakej tekad, semangat juang serta determinasi tinggi, terserlah dalam setiap aksi dalam misinya menabur bakti buat Malaysia.

Atas alasan itu, sudah tiba masanya untuk GL mengabadi kemas wajah Ooi Tze Liang sebagai penghias muka depan kami untuk isu istimewa kali ini. Bertepatan dengan bulan meraikan kemerdekaan negara yang ke-61, aura serta karisma yang ditonjolkan Tze Liang wajar sekali dijadikan inspirasi terutama sekali buat para belia di luar sana.
Mencuri sedikit masa dari kesibukan rutin hariannya dikira cukup mustahil bagi kami, at first! Apatah lagi, Tze Liang kini dalam rangka latihan bagi mempersiapkan dirinya untuk sukan Asia 2018 yang bakal diadakan bulan ini. Walau ini kali pertama Tze Liang melakukan sesi penggambaran melibatkan busana mewah, pujian dan kredit perlu diberikan. Manakan tidak, Tze Liang nyata tidak kekok dalam memperaga di samping menonjolkan sisi lain yang jarang sekali kita lihat. Well done, Tze Liang!

BANGKIT DAN TERUS BERJUANG
Baru-baru ini, arena sukan tanah air digemparkan dengan penularan video di Internet menyaksikan sekumpulan skuad penerjun Malaysia dilihat bersuka ria di dalam sebuah bilik dan kejadian itu dipercayai berlaku di Guangzhou, China. Bukan niat kami untuk mengimbas semula isu panas yang tercalit, namun kami percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. So, what have you learned from the incident? Boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca kami?
“Berkenaan dengan insiden tersebut, sejujurnya saya akui ia sedikit sebanyak telah mencalar kredibiliti skuad kami walaupun saya sendiri tidak terlibat. Bagi saya, sebagai seorang atlet profesional, sewajarnya untuk sentiasa berdisiplin, menjaga diri dan reputasi walaupun sekadar untuk meraikan kemenangan menjuarai pertandingan. Apatah lagi, ramai mengidolakan atlet-atlet negara sebagai contoh dan tauladan terbaik buat mereka, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan. That would be my advice to all athletes.”

Untuk bacaan lanjut dapatkan isuOGOS 2018 yang kini sudah berada di pasaran.
Teks: Wan Mohd Firdaus / Penyelaras & penata gaya: Johan Kassim, dibantu Arie Sampornak / Arahan seni: Shane Rohaizad & Abdul Aziz Draim / Gambar: Hanz Lee / Rambut & mekap: Fendi Sani / Jam tangan ihsan Omega
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".











