Skip to content

DENYUT NADI KOSMOPOLITAN ROLEX

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Dalam dunia horologi yang kian kompetitif, bukan mudah untuk menarik perhatian umum. Apatah lagi pabila ribuan model-model jam tangan baru sering dijulang di temasya horologi seperti Baselworld 2018. Namun Rolex, jenama jam tangan mewah yang tidak asing lagi, sering menjadi tarikan pengujung Baselworld mahupun netizen, bukan saja kerana namanya sudah sinonim dengan prestij dan inovasi. Tapi Rolex juga punya daya kreativiti yang original, yang kian menjadi pencetus trend seterusnya. Dan tahun ini, jenama Swiss ini berjaya menjadi bualan hangat sekali lagi.

Rolex memperluaskan rangkaian GMT-Master II dengan versi terbarunya, Oystersteel. Awalnya dirancang untuk membantu pilot maskapai menavigasi, GMT‑Master terus menjadi ikon, menjawab kehendak pasaran dan peminat tegar horologi yang semakin menuntut fungsi GMT pada instrumen masa mereka.

Selama bertahun-tahun, bingkai cincinnya yang simbolik diolah dalam pelbagai rona, baik satu mahupun perpaduan dua warna. Itu merupakan fitur khas dari estetikanya yang unik lalu langsung dikenali. Dan kini semakin menyerlah dengan padanan warna yang serasi dengan budaya Pop semasa.

Menampilkan jarum jam, minit, dan detik, model jam tangan Rolex ini dilengkapi dengan bezel berputar dua hala dengan sisipan Cerachrom dua warna dalam seramik merah dan biru (diberi jolokan ‘Pepsi bezel’) yang juga memaparkan skala waktu 24 jam. Mudah dibaca baik untuk waktu setempat mahupun zon waktu kedua, tampilan tanggal pada posisi jam 3. Juga hadir dalam kemasan emas Everose 18 karat dengan sisipan Cerachrom dwi-rona yakni coklat dan hitam.

ROLEX GMT-MASTER II – OYSTERSTEEL

[/tps_header]

1 of 4

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY

Bacaan Lanjut

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI

Bacaan Lanjut