KOLEKSI MUSIM CUTI DARI FOSSIL LEBIH EKSKLUSIF, LEBIH MENARIK!
Musim cuti kini tiba lagi! Menjelang beberapa perayaan besar seperti Krismas dan Tahun Baru, apa kata anda hadiahkan buat yang tersayang kejutan istimewa yang pasti buat dia gembira. Cadangan kami? Sudah pasti item-item eksklusif lagi menarik dari koleksi musim percutian Fossil yang tidak harus anda lepaskan!

Yang pasti, Fossil antara jenama aksesori fesyen baik lelaki mahupun perempuan yang hadir dengan pakej serta pilihan barangan fesyen yang nyata terkini lagi istimewa. Selain dari koleksi jam tangan Fossil Q Generasi 4 yang menawan dan anggun, hadir dengan fungsi pelbagai guna buat lelaki yang sentiasa sibuk dan on-the-go, kali ini Fossil hadir dengan lebih dari itu.


FOSSIL Q EXPLORIST HR
Dengan penambahbaik kali ini, Q Explorist bercirikan rekaan sleek dengan top ring memberikannya stail lebih kemas. Antara ciri-ciri lain yang lebih mengagumkan termasuklah sensor optikal jantung, fungsi komunikasi yang membenarkan penggunaan Google Pay dan GPS.

FOSSIL Q VENTURE HR
Lelaki, jam tangan ini sangat sesuai buat yang tersayang! Rekaannya kali ini lebih slim dengan rangka kecil menjadikan ia sesuai untuk pergelangan tangan wanita. Jam tangan Gen 4 ini kini termasuklah penekan bersesuaian yang sebelum ini hanya dapat dilihat menerusi jam tangan lelaki. Ia juga mempunyai kemudahan Google Pay, sensor optikal jantung dan GPS.

BEG GALAS KULIT ISTIMEWA
Antara yang menarik perhaitan, Fossil tampil dengan barisan dompet dan beg galas kulit yang hadir dengan variasi warna, saiz dan kompak, menambah ciri stail dan bergaya ketika dipakai untuk pelbagai resepsi buat lelaki masa kini. Setiap dari koleksi ini mempunyai keunikan tersendiri menerusi rekaan serta perinciannya.



Buat yang ingin menghadiahkan untuk kekasih hati, jejaka boleh memilih beberapa tas tangan wanita seperti fig atau poppy red pasti dapat menambat hati si dia. Dapatkanya hari ini!


Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 November 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.










