Skip to content

FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Kongsikan artikel ini

Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.

Menjelang tahun 1950-an, arkitek-arkitek progresif membayangkan evolusi kediaman masa hadapan: lebih ringan, lebih pintar, lebih terbuka, dan dibina bersesuaian dengan gaya hidup penghuninya. Ciri-ciri ini menjadi tumpuan utama untuk Fossil: reka bentuk yang memikat perhatian namun mempunyai ciri-ciri yang melangkaui estetika. Desain sederhana namun identiti yang jelas serta bahan binaan cekap.

FOSSIL mempersembahkan CS-1, bermaksud Case Study One. Namanya terinspirasi daripada program Case Study House, sebuah eksperimen seni bina kediaman cekap yang direka bentuk oleh arkitek-arkitek terkemuka. Ini menjadi sebuah titik permulaan bagi koleksi Signature – rekaan bermakna, integriti bahan, dan elemen cerminan FOSSIL.

Dengan kepakaran dua dasawarsa, ketukangan ini juga dimadukan dengan seni pembuatan jam tangan Switzerland. Ia terbukti menerusi pergerakan mekanikal, proses pemasangan di Switzerland, dan standard pembinaan tinggi. “Setiap elemen Signature CS-1 direka dengan penuh ketelitian dan tujuan,” kata Melissa Lowenkron, Ketua Pegawai Jenama FOSSIL. “Daripada pergerakan mekanikal dan pemilihan bahan sehinggalah kepada kemasan akhir, pembungkusan, dan perincian terkecil yang diberi perhatian khusus. Koleksi ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa reka bentuk yang luar biasa tidak terletak pada elemen yang berlebihan, sebaliknya pada kesederhanaan yang penuh pertimbangan, serta wajar dihargai untuk tempoh masa yang panjang.”

 

FOSSIL Signature CS-1

Fossil Signature CS-1 Three-Hand Date Automatic.

FOSSIL Signature CS-1 hadir dengan dua model, Three-Hand Date Automatic dan Master Calendar Chronoquartz. Model Three-Hand Date Automatic tampild alam saiz 38mm dengan pergerakan automatik Swiss Sellita SW200-1 serta bahagian belakang bekas jam yang lutsinar. Muka jamnya ringkas, memastikan keterbacaan yang kemas dan jelas. Penanda jam berbentuk berlian dengan permukaan bersegi serta tekstur beralur halus diinspirasikan oleh reka bentuk piring hitam. Hadir dengan dua pilihan gelang: keluli tahan karat atau tali kulit Itali dengan binaan tepi jenis Rembordé dan lapisan belakang kulit anak biri-biri.

Disebalik rupa, rekaan automatik ini juga bergerak mengikut pergerakan pergelangan tangan untuk menjana tenaga jam tanpa memerlukan bateri. Dengan rizab kuasa selama 41 jam, ternyata mekanisme dalamannya juga memberikan gaya yang tahan lama.

 

Master Calendar Chronoquartz

Fossil Signature CS-1 Master Calendar Chronoquartz.

Master Calendar Chronoquartz bersaiz 42mm ini dikuasakan oleh pergerakan Swiss Ronda 5040F. Ia menggabungkan fungsi hari, tarikh, bulan, serta kronograf dalam paparan yang seimbang dan mudah dibaca. Sub-dail terletak pada kedudukan lebih dalam, gegelang dail kontras, tekstur, dan butang tekan atas dengan garisan berwarna memberikan dimensi dan keunikan tersendiri pada reka bentuknya. Apabila dibalikkan, bahagian belakang bekas jam memaparkan tempaan yang disempurnakan dengan lambang Triple Diamond Quality. Tanda penghormatan warisan jenama dan penyerlah nilai eksklusiviti.

 

Setiap proporsi direka dengan tujuan khusus. Pemilihan warna minimalis namun perincian teliti diperkenalkan dalam gaya reka bentuk premium. Setiap komitmen FOSSIL membawa personaliti jenama ini ke tahap seterusnya melalui ketukangan Switzerland.

Koleksi FOSSIL Signature CS-1 boleh didapati mulai 15 Oktober di butik FOSSIL terpilih.

Artikel berkaitan: 7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut