Skip to content

GAYA RELAKS, IMPAK MAKSIMUM PAKSI FOSSIL X KIM MYUNG SOO

Kongsikan artikel ini
1 of 2

MENERUSI PERSPEKTIF KIM MYUNG-SOO (L), FOSSIL MEMPERHALUSI KEKUATANNYA JUGA TAMPIL MEMPERLIHATKAN AKSESORI YANG SEPADAN MENUNJANGI EKSPRESI KASUAL JUGA RELAKS.

Fossil melangkah dengan gaya yang understated bersama rakan jenamanya, Kim Myung Soo (L). Dikenali dengan penampilan yang kemas, kasual namun teliti, dia mencerminkan keyakinan moden yang tampak effortless tetapi tetap memikat. Padanan ini terasa begitu natural; Fossil, jenama yang berakar pada rekaan klasik, kini diterjemahkan melalui lensa yang lebih kontemporari.

Sejak debut pada tahun 2010 sebagai vokalis kumpulan INFINITE, Myung-Soo mengembangkan kerjaya dalam dunia lakonan, lantas membina perjalanan seni yang berasaskan disiplin dan evolusi yang konsisten. Gaya peribadinya turut mencerminkan prinsip yang sama: teratur, seimbang dan tidak berlebihan. Justeru, kolaborasi ini menampilkan pilihan jam tangan Fossil yang selari dengan estetika tersebut.

Setiap ciptaan masa dipilih bukan untuk mencuri tumpuan secara berlebihan, tetapi untuk melengkapkan dan mengukuhkan identiti pemakai. Menerusi perspektif Myung-Soo, Fossil memperhalusi kekuatan rekaannya, sekali gus menampilkan barisan aksesori yang menyokong ekspresi gaya relaks dengan sentuhan sofistikated yang terlihat kemas lagi natural.

Evertt Chronograph Stainless Steel Watch (FS6154)

Everett menampilkan ketelitian yang jelas. Kemasan keluli tahan karat bertekstur mengkilap memberikan struktur yang kemas tanpa rasa kaku. Perincian kronograf menambah dimensi tanpa mengganggu keseimbangan keseluruhan bergaya sporty dalam mengimbangi gaya kasual yang cool. Dail tekstur sunray biru muda dipadankan dengan case keluli tahan karat berbentuk bulat 44mm memberikan sentuhan inspirasi moden. Perincian fungsional kronograf Jepun dikuasakan oleh kuasa bateri dipadukan bertali gelang sepadan.

RM1,029.00

Watch Ring Two-Hand Stainless Steel (ES5245)

Ciptaan kreatif aksesori cincin dalam penghasilan jam tangan ini tampil dalam saiz 15mm. Dipertontonkan berlaman dail sunray putih, jam berjarum dua ini dikuasakan bateri dan disempurnakan bertali keluli tahan karat, memberikan sentuhan keanggunan praktikal kepada gaya harian.

RM659.00

Machine Knurled Texture Stainless Steel Dog Tag (JF04882040)

Loket dog tag keluli tahan karat dengan tekstur knurl tampil diinspirasikan daripada pemutar atau crown jam. Digantung pada rantai dengan kancing cangkuk lobster, kalung ini hadir lasak dan ranggi dalam melengkapkan apa jua penampilan.

RM 369.00

Danni Leather Crossbody Bag (ZB11121793)

Diperbuat daripada lapisan kulit full-grain, beg silang badan Danni boleh digayakan dalam dua cara; dekat dan selesa digalas pada bahu atau disandang secara santai dengan tali boleh laras. Dua zip di bahagian atas memberikan akses yang selamat dan teratur ke ruang dalaman yang luas dengan poket berzip dan poket sisip sisip luaran memudahkan capaian.

RM939.00

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL Meraikan Hari Wanita Dengan ‘STAND TOGETHER’

Bacaan Lanjut

RAIKAN CINTA DENGAN KOLEKSI FOSSIL VALENTINE-SPRING 2020

Bacaan Lanjut

RAIKAN MUSIM CUTI DENGAN THE STARMASTER DAN FOSSIL HOLIDAY COLLECTION 2019

Bacaan Lanjut

FOSSIL GEN 5, DIPERKASA DENGAN VARIASI FUNGSI TERHEBAT

Bacaan Lanjut

FOSSIL SPORT, JAM TANGAN PINTAR PERTAMA DI ATAS PLATFORM QUALCOMM SNAPDRAGON WEAR 3100

Bacaan Lanjut

KOLEKSI MUSIM CUTI DARI FOSSIL LEBIH EKSKLUSIF, LEBIH MENARIK!

Bacaan Lanjut