Menjelang akhir tahun, pastinya anda ingin menghadiahkan sesuatu yang menarik dan menawan buat pasangan mahupun individu yang bermakna di hati anda, bukan? Oleh itu, apa kata anda hadiahkan sesuatu yang istimewa dari Fossil! Ya, Fossil baru-baru ini memperkenalkan semula, jam tangan ikonik THE STARMASTER dari COLLECTORS CLUB yang memiliki sejarah dan keunikkan tersendiri meraikan 35 tahun kewujudan Fossil, termasuklah variasi item istimewa dari Holiday Collection 2019 yang eksklusif.

THE STARMASTER

Edisi lama, kini diberi nafas baru semula dengan The Archival Series, edisi terhad lagi istimewa yang dilancarkan kembali, meraikan dekad rekaan yang ikonik, meraikan sisi kreatif Fossil. Memperkenalkan semula, siri ini menyingkap semula nostalgia tahun 90-an dengan sinar intergalaksi dari 90-an. Berkuasa, bersinar dan ikonik. Siluet case tradisional 37 mm platform yang ikonik beserta tali kulit klasik 20 mm menggabungkan daya tahan setiap hari dengan gaya warisan. Tersedia dalam case berona perak (silver) dengan kristal, dan case hitam menawan dengan kristal, Starmaster pasti akan menyerlahkan pergelangan tangan anda, sekaligus mempersonakan gaya peribadi anda.

FOSSIL HOLIDAY 2019 COLLECTION

Fossil juga tidak ketinggalan menyerlahkan sambutan akhir tahun dengan memperkenalkan koleksi istimewa dari Holiday Collection 2019 dengan seleksi bag pack istimewa khas untuk jejaka! Dengan rekaan bentuk menawan, warna yang menarik perhatian, pasti anda akan kelihatan lebih menonjol di sambutan akhir tahun nanti!

Mengetengahkan ciri klasik dan vintaj, Fossil memperkenalkan beberapa siri bag yang terinpirasi dari workwear dengan material kulit yang dikayakan dengan tekstur dan patina, pasti menambat hati sesiapa yang memandang!

Dapatkan segera produk-produk istimewa dari Fossil ini, hari ini di LAZADA.