GAYA RELAKS, IMPAK MAKSIMUM PAKSI FOSSIL X KIM MYUNG SOO

Machine Big Tic Brown Leather Watch (FS6165)
Ikon dari akhir 90-an dan awal 2000-an, Big Tic kekal sebagai gaya arkib yang digemari oleh pencinta juga pengumpul jam tangan. Berhembus nafas baharu dalam menerusi koleksi Machine terlaris Fossil, jam ini menggabungkan inspirasi retro dengan teknologi moden. Case keluli tahan karat hitam 41mm ditampilkan dengan reka bentuk analog-digital lalu dipadankan dengan tali kulit coklat yang melembutkan rekaan dial yang lebih berani, mewujudkan keseimbangan antara elemen rugged dan refined. Ia menonjolkan identiti ikonik Fossil dan diilham khusus untuk para pengumpulnya.
RM859.00

Machine Rugged Stainless Steel and Black Padded Leather Strap Bracelet (JF04950040)
Buat pelengkap gaya, gelang ini diilhamkan oleh jentera klasik Amerika lalu dicipta untuk tahan lama. Tali kulit hitam tekstur natural memberikan karakter unik dari oksidasi, dan diperkemaskan dengan cincin bersegi empat keluli tahan karat serta perincian jahitan atas dengan kancing boleh laras.
RM419.00

Dillon Leather Shoulder Bag (ZB11186001)
Diperbuat daripada lapisan kulit full-grain, beg bahu ini mengimbangi kegunaan harian dengan kemasan yang elegan. Ruang dalaman yang luas direka untuk memuatkan keperluan harian para lelaki dengan mudah. Tali kulit boleh laras memastikan keselesaan pemakaian, manakala perincian logam menambah sentuhan kemas. Nada rekaan kemas dan bahan berkualiti digabungkan dalam reka bentuk yang praktikal dan understated.
RM1,369.00

Machine Chronograph Smoke Stainless Steel Watch (FS6160)
Juga diilhamkan oleh jentera klasik Amerika, jam tangan Kronograf Smoke hadir menarik perhatian dengan kemasan knurl yang ranggi. Lebih gelap, lebih kukuh, dan lebih tegas dengan saiz case 44mm. Kemasan smoke yang menempatkan dail tekstur mengkilap nada gunmetal memberikan sentuhan moden yang jelas. Susun atur kronografnya kuat tetapi terkawal, menawarkan fungsi tanpa gangguan visual.
RM969.00

Raquel Watch Ring Two-Hand Stainless Steel (ES5344)
Jam berbentuk cincin bersegi empat yang langsing, diinspirasikan daripada himpunan jam Raquel. Menampilkan dail perak bertekstur sunray, nadi jam dikuasakan bateri dan talinya fleksibel yang sesuai untuk kebanyakan saiz jari. Diperbuat daripada keluli tahan karat untuk mengimbangi gaya kasual harian.
RM659.00

Ellis Two-Tone Bracelet (JF04851998)
Gelang diperbuat daripada keluli tahan karat bernada dua ton yang mewah. Ia disempurnakan dengan penutup cangkuk lobster boleh laras untuk padanan sempurna. Ukiran atau inisial tersuai menjadikannya unik milik anda, ternyata ia adalah pilihan kegemaran yang mudah dan kekal sepanjang masa.
RM399.00
Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di fossilmy.com serta di seleksi stor Fossil di seluruh negara, dengan beberapa rekaan pilihan turut ditawarkan di kedai rasmi Fossil di Shopee.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL Meraikan Hari Wanita Dengan ‘STAND TOGETHER’
Blu Inc Media merealisasikan semangat waja insan bergelar wanita menerusi sebuah filem pendek berjudul Stand Together.
RAIKAN CINTA DENGAN KOLEKSI FOSSIL VALENTINE-SPRING 2020
FOSSIL tidak ketinggalan melancarkan variasi item peribadi istimewa dari koleksi Spring 2020, amat bersesuaian untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.
RAIKAN MUSIM CUTI DENGAN THE STARMASTER DAN FOSSIL HOLIDAY COLLECTION 2019
Hadiahkan sesuatu yang istimewa buat yang tersayang dengan jam tangan ikonik THE STARMASTER termasuk variasi item istimewa dari Holiday Collection 2019 yang eksklusif.
FOSSIL GEN 5, DIPERKASA DENGAN VARIASI FUNGSI TERHEBAT
Dengan Gen 5, rutin harian anda kini lebih terurus. Dengan menawarkan variasi fungsi dan varian warna menarik, ini adalah jam tangan pintar terbaik untuk anda!
FOSSIL SPORT, JAM TANGAN PINTAR PERTAMA DI ATAS PLATFORM QUALCOMM SNAPDRAGON WEAR 3100
Fossil Sport dibina khas buat anda yang ingin mencapai gaya hidup seimbang.
KOLEKSI MUSIM CUTI DARI FOSSIL LEBIH EKSKLUSIF, LEBIH MENARIK!
Fossil juga tampil dengan barisan dompet dan beg galas kulit, hadir dengan variasi warna dan saiz.











