Skip to content

LEGASI OMEGA SEAMASTER DIVER 300M DIPERKUKUH DENGAN REKAAN SERBA BARU

Kongsikan artikel ini

Selama 170 tahun kegemilangan OMEGA dalam melengkapi stail dan gaya kaum lelaki, diselangi detik-detik istimewa lagi eksklusif. OMEGA kini hadir dengan OMEGA Seamaster Professional Diver 300M, model jam yang menyambut ulangtahunnya yang ke-25 tahun ini, sebagai satu legenda khusus buat peminat jam tangan lelaki. Sudah pasti hati siapa yang tidak tertawan dengan keunggulan reka cipta jam tangan mewah ini apatah lagi ia disarung gah oleh Daniel Craig, aka James Bond yang separuh menyelam dengan sut mewah, menyarung koleksi terbaru OMEGA Seamaster ini.

Ciri-ciri utamanya ialah ia dilengkapi cincin bezel seramik yang berputar dengan skala masa 60 minit, dikemaskan dalam pilihan Ceragold™ atau enamel putih. Ini bertujuan untuk membantu penyelam untuk memahami tempoh masa menyelam. Setiap perincian pada laman dail juga diselaraskan. Adalah penting untuk jarum minit, saat serta jam dibezakan dengan ketara. Jadi, keterbacaan indikasi yang jelas telah dicapai dengan suntikan Super-LumiNova, yang memberi aspek ‘glow in the dark’ agar mudah dibaca ketika di laut dalam.

Mempunyai diameter lebih besar, setiap satu daripada 14 model Seamaster Diver 300M ini digarap dengan diameter 42mm, dengan dail seramik baru (dalam pilihan hitam, biru atau PVD Chrome) yang memaparkan corak ombak potongan laser. Penanda jam juga ditimbulkan, memberi efek tiga dimensi untuk menggalakkan bacaan yang jelas. Tingkap tarikh pula dipindahkan ke posisi 6 untuk memberi pesona simetri yang elegan.

Melalui verifikasi standard COSC, iaitu satu lembaga persendirian yang berkuasa menguji akurasi nadi mekanikal dengan cukup teliti. Dan COSC memperakui Omega Seamaster Diver 300M ini, yang dikuasakan nadi Master Chronometer Caliber 8800. Ia mempunyai ketepatan tinggi, prestasi luhur, dan yang paling penting, juga kalis rintangan magnetik.

Kalis air hingga 300m, semestinya antara satu lagi ciri yang cukup penting pada jam penyelam, Omega Seamaster Diver 300M dilengkapi injap pelepasan helium yang telah direka baru, dalam bentuk kon yang sudah dipatenkan oleh Omega, untuk membolehkan operasi mudah pabila berada di dalam lautan.

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin, 21 November 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN OMEGA YANG MENGABUNGKAN INOVASI DAN ELEGEN SI PEMAKAI

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut