Skip to content

PILIHAN GLAM LELAKI: SELEKSI BEG SERBA GUNA DARI TARGUS KOLEKSI 2019

Kongsikan artikel ini

Keperluan penggunaan beg bukan semata untuk berfesyen, namun memudahkan gaya hidup seseorang. Namun adakalanya kaum lelaki menghadapi kesukaran dalam memilih beg yang benar-benar mengikut citarasa, namun pada masa yang sama tidak keterlaluan dalam berfesyen dan seterusnya memudahkan urusan seharian anda!

Dan kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Targus menawarkan seleksi beg serba guna dari koleksi 2019 yang dilancarkan di Beijing China baru-baru ini, dan penulis sendiri berpeluang untuk memakai dan mengayakan 3 seleksi beg berbeza desain dan fungsi, sesuai untuk setiap jenis resepsi. Jom kita intai keunikkan satu persatu!

1 of 3

1. 15″ NEWPORT CONVERTIBLE 2-IN-1 MESSENGER BACKPACK (BLACK) Harga: RM629 

Pertama sekali, warna dan bentuknya saja sudah cukup mengujakan. Dan dari luar, pastinya sudah tahu beg ini sesuai bagi mereka yang sentiasa ‘on-the-go’. Cukup kompak dalam meletakkan komputer riba atau tablet apatah lagi dengan ciri-ciri keselamatan. Ia turut disertakan dengan zip poket hadapan yang mudah untuk diakses. Untuk sarungan selesa, ia turut disertakan tali bahu boleh laras mengikut kesesuaian.

Ia kalis air, dihasilkan dari meterial nilon dan aksen kulit. Yang menariknya, beg ini boleh dilipat dengan mudah dan dijadikan seperti clutch atau beg jinjing. Malah ia juga boleh diletakkan di atas beg luggage anda. Thats super cool!

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut