BUTIK KONSEP CELINE DIPERKENAL DENGAN SENI REKA MENAWAN
CELINE, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi baru-baru ini memperkenalkan butik berkonsep bentuk seni bina yang baru untuk keseluruhan butik di seluruh dunia. Konsep kedai CELINE ini diumumkan bersempena pembukaan gedung New York Madison Avenue pada 18 Februari. Terletak di 650 Madison Avenue, butik berkonseo baharu CELINE ini adalah yang terbesar di dunia dengan ruang jualan 500 meter persegi, yang menampilkan koleksi wanita termasuk lelaki.
Direka khas oleh Pengarah Kreatif, Hedi Slimane, butik berkonsep ini mempraktikkan bahan semula jadi yang terbaik dengan kepelbagaian arca dipamerkan indah menghiasi ruang. Batu-batu semulajadi disusun bersama kayu oak, konkrit, keluli tahan karat yang digilap, tembaga dan cermin emas dalam konteks abad ke-21.
Karya-karya seni khusus adalah satu lagi komponen utama yang memaparkan artis kontemporari seperti James Balmforth, Jose Davila, Elaine Cameron Weir dan Oscar Tuazon.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Februari 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguji setiap wangian secara langsung? GLAM Lelaki membariskan 10 pilihan terbaik untuk wangian lelaki pada tahun 2023.
RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE
Rumah fesyen Paris, Celine memperkenalkan rangkaian Cologne Céleste oleh Hedi Slimane yang merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.
10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI
Dalam banyak-banyak item grooming, minyak wangi antara yang paling penting. Haruman adalah item yang muncul di minda lelaki bila bercakap tentang grooming. GLAM LELAKI himpunkan sepuluh haruman klasik disukai sepanjang zaman.
AKSESORI LELAKI MEMPERHIAS 2021
5 Aksesori Perhiasan Barang Kemas Ini Patut Anda Cuba Sepanjang 2021