“ADA SESUATU YANG ISTIMEWA DALAM DIRI MEREKA” – HAMLATUL HAWARY DEDAH PENGALAMAN AJAR KANAK-KANAK AUTISM BERENANG
Tanggal 2 April, sambutan hari autism sedunia disambut penuh istimewa meraikan kanak-kanak autistik. Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf mempengaruhi kemampuan kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Namun, jangan terkejut sekiranya ramai masih tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autism lantas kurang mengambil peduli akan keperluan mereka. Namun berbeza dengan personaliti ini. Hamlatul Hawary mendedikasi dan mengabdikan diri untuk kanak-kanak autism ini dengan caranya tersendiri, iaitu dengan mengajar mereka cara untuk berenang, bahkan aktivitinya ini pernah suatu ketika dulu tular di media sosial. Jom ikuti temubual eksklusif kami bersama beliau.
GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang latar belakang anda. Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?
HAMLATUL HAWARY: Terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama diberi Hamlatul Hawary Bin Azizan, dan saya berumur 32 tahun. Anak ketiga dari lima beradik dan saya merupakan pengasas dan pengarah di Hawary Sports Centre (HSC) di mana saya mengajar renang unutk individu autism. Di awal karier saya pernah bekerja sebagai penghantar surat dan penjual satay di waktu malam. Ayah saya merupakan orang yang banyak memberikan sokongan diawal penglibatan saya dalam bidang ini. Saya adalah seorang peminat puzzle dan memiliki 8 koleksi frame puzzle 1000 keping.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana awak boleh melibatkan diri dalam melatih kanak-kanak autism untuk berenang? Kenapa renang? Dan kenapa kanak-kanak autism?
HAMLATUL HAWARY: Saya memulakan karier sebagai jurulatih renang bermula tahun 2007. Pada tahun 2013 saya menubuhkan HSC dan mengajar kanak-kanak berkeperluan khas pada tahun 2014 atas permintaan dari pelanggan. Saya mula terlibat secara serius mengajar renang untuk autisma setelah menghadiri kursus dan seminar di beberapa buah Negara seperti Britain, Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia.
Renang merupakan alternatif terapi dan juga aktviti sukan yang selamat untuk individu autism, dengan melakukan aktiviti berenang, individu autism akan memberi foKus semasa berada di dalam air, hal ini kerana mereka hanya mempunyai satu peluang samada untuk berenang atau tenggelam bagi pelajar yang baru menyertai kelas. Apabila pelajar sudah mahir dengan ilmu water survival aktiviti tersebut akan menjadi lebih santai kepada perenang autism tersebut dan mereka akan mula mempelajari teknik renangan seperti freestyle, breastroke dan teknik asas yang lain bagi yang sudah boleh menerima serta memahami arahan.
Kebanyakan pelajar autism sangat sukakan air tanpa mengetahui risiko dan bahaya semasa melakukan aktiviti di air. Kecenderungan mereka terhadap air merisaukan ibu bapa untuk mengawal mereka terutamanya apabila membawa anak-anak di kawasan yang mempunyai kolam renang atau tasik. Ilmu keselamatan di air sangat penting, bagi individu autism yang memiliki skill water survival atau kemahiran renang ia sekaligus dapat membantu mereka dari menjadi mangsa lemas.
Diantara kelebihan renang kepada individu autisma adalah
- Membina kekuatan muscle dan keseimbangan semasa berada di air.
- Meningkatkan fokus.
- Meredakan anxiety sewaktu berada di dalam air.
- Platform sosial dan interaksi diantara perenang autisma yang lain.
GLAM Lelaki: Apakah kepuasan yang diperolehi?
HAMLATUL HAWARY: Melihat perenang mampu menguasai serta mempraktikkan water survival skill di kolam dan laut telah memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada setiap jurulatih yang terlibat.
GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit pengalaman atau pun kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang mengajar kanak-kanak autism?
HAMLATUL HAWARY: Diantara pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila mengajar seorang pelajar yang sangat istimewa di ingatan iaitu Irdhina Nasuha, seorang kanak-kanak comel yang nonverbal. Bermula di usia 4 tahun, Irdhina mengikuti kelas renang untuk autism selama setahun sehingga beliau mahir dengan ilmu water survival. Enam bulan pertama merupakan cabaran yang sebenar apabila irdhina hanya menangis sepanjang 30 minit setiap kali sesi kelas renang berlangsung. Selama enam bulan saya bersabar dan cuba memahami perasaan irdhina walaupun tiada komunikasi diantara kami berdua. Hanya rengekan dan tangisan yang irdhina mampu luahkan.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapanya Irdhina mula memberikan respon dan mengikut arahan. Irdhina tidak lagi menangis atau merengek bahkan memegang dan menarik tangan saya untuk membawanya masuk ke kolam renang. Bermula dari situ saya mula memahami kesabaran serta latihan yang konsisten akan membantu membentuk progress individu autisma tersebut. Jangan mudah mengalah atau berputus asa semasa mendidik mereka.
GLAM Lelaki: Kenapa kanak-kanak autism ini istimewa di mata anda?
HAMLATUL HAWARY: Dari riak wajah mereka tidak akan kelihatan sedikit pun keistimewaan mereka. Kita tidak akan dapat mengetahui adakah mereka typical atau special, namun apabila melihat behaviour atau character barulah kita akan faham bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka. “Apabila anda berhadapan dengan individu autism and berhadapan dengan individu autism” ciri dan karakteristik mereka berbeza dan tidak semua mempunyai karakter yang sama.
Walaupun ada di kalangan mereka nonverbal atau limited verbal namun ada juga yang petah berkata-kata. Mereka mempunyai perasaan cuma bagaimana mereka menyampaikan kemahuan dan perasaan mereka kadangkala sukar difahami oleh individu sekeliling mereka. Apabila bersama mereka anda akan belajar sesuatu dari mereka.
GLAM Lelaki: Harapan anda buat kanak-kanak autism bukan saja di Msia tetapi di seluruh dunia?
HAMLATUL HAWARY: Harapan saya kepada kanak-kanak autism di Malaysia untuk melihat mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Kejayaan ini bukan hanya pada bidang akademik semata-mata namun keperluan menguruskan diri adalah lebih utama. Apabila ibu bapa mereka semakin berusia atau sudah tiada mungkin anak-anak ini akan kehilangan tempat bergantung dalam menguruskan diri mereka sendiri.
Saya menyarankan agar pihak Korporat dan Kerajaan menyediakan lebih banyak geran kepada persatuan autisma atau pusat latihan autisma yang menguruskan komuniti ini supaya dapat menyalurkan bantuan dari segi latihan serta kemahiran kepada keluarga autisma yang berpendapatan rendah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 April 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.