Skip to content

PROLIFIK SHUKRI YAHAYA

Kongsikan artikel ini

Kita tak tahu di mana letaknya rezeki kita selagi kita tak mencuba. Asalnya, Shukri Yahaya tak pernah terlintas di mindanya untuk menjadi seorang pelakon. Hanya kerana terdesak untuk mencari pendapatan, bertemu pula dengan direktor tersohor, lantas pintu rezekinya dalam dunia lakonan terus terpampang luas. Dalam lapan tahun sudah berlakon dalam lebih 30 drama bersiri dan melebihi 40 tele-filem, Shukri Yahaya boleh dikatakan antara aktor TV paling prolifik era ini.

Rezeki bukanlah sesuatu yang kita boleh ramal. Sebaik mana pun perancangan yang kita aturkan, tiada kepastian yang boleh menjaminkan perancangan itu akan membuahkan kejayaan. Yang kita harapkan, dengan izin Ilahi, doa dan usaha yang berterusan boleh membuka jalan rezeki. Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Jun 1988, Mohd. Shukri bin Yahaya dibesarkan di Cheras dan Semenyih, di mana dia menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma sejak tingkatan dua. Kedua-dua ibu bapanya pula berasal dari Melaka.

Kini sudah bergelar aktor popular, Shukri Yahaya yang baru mencecah usia 31 tahun pada bulan lalu, tak pernah merancang untuk jadi pelakon. Berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaraan Malaysia (SPM), anak kelima daripada enam beradik ini pernah mencuba berbagai cabang kerja sebagai mata pencarian di awal kariernya. “Kerjaya sebelum berlakon, saya buat macam-macam,” Shukri membuka cerita. “Antaranya, membuat kerja audit untuk syarikat 7 Eleven, Watson, juga Maxis. Dan terakhir sekali sebelum berjinak-jinak dengan dunia hiburan, saya bekerja sebagai seorang kerani dengan Bank Muamalat Malaysia di Jalan Melaka.”

Untuk bacaan seterusnya, dapatkan edisi Julai 2019 yang kini sudah berada di pasaran….

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN SELEBRITI PENUH GAYA DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968

Bacaan Lanjut

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI

Bacaan Lanjut