Skip to content

DEMAM STRANGER THINGS KEMBALI!

Kongsikan artikel ini

Setelah hampir dua tahun menunggu, akhirnya musim ketiga siri sci-fi/seram terbitan Netflix, Stranger Things kembali menemui peminat awal minggu ini.

Menggabungkan misteri fiksyen sains dengan nostalgia era ’80-an, debut Stranger Things pada Julai 2016 berjaya mencetus fenomena, selain mehidupkan semula karier pelakon Winona Ryder dan memperkenalkan kita kepada bakat-bakat cilik Finn Wolfhard (It, 2017) dan Millie Bobby Brown (Godzilla: King of the Monsters, 2019). Sungguhpun sudah memasuki musim yang ketiga, pengaruh Stranger Things baik dalam budaya pop mahupun gerobok fesyen dunia masih kuat dirasa.

Kempen Levi’s x Stranger Things 2019

Dan mana mungkin kita menyentuh fasal fesyen era ’80-an tanpa merujuk trend denim zaman itu yang turut dipopularkan oleh jenama denim terkemuka, Levi’s. Maka tak hairanlah, baru-baru ini Levi’s melancarkan satu koleksi kapsul khas merangkumi persalinan untuk lelaki dan wanita, hasil kerjasama mereka bersama pasukan produksi Stranger Things.

Kali ini, Stranger Things musim ketiga merujuk tahun 1985, dan Levi’s telah menggali semula arkib mereka untuk mencipta semula desain-desain jenama ini pada era itu secara autentik. Selain membekalkan busana Levi’s kepada beberapa karakter siri ini, dua karakter utama yakni Eleven dan Dustin akan menyarungkan full look Levi’s yang juga akan sedia dijualkan kepada umum dalam koleksi kapsul khas Levi’s x Stranger Things, bermula bulan ini.

1 of 20

 

Koleksi Levi’s x Stranger Things kini dijual di butik Levi’s seluruh negara

1 of 20

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut

ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut
KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

Bacaan Lanjut

10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH

Bacaan Lanjut