RAWATAN ESTETIK REJURAN DARI MERIDIAN CLINIC, SOLUSI TERBAIK UNTUK KULIT LEBIH BERSINAR DAN MENAWAN
Rawatan laser mahupun fasial mungkin menjadi pilihan utama untuk setiap orang untuk mendapatkan wajah yang lebih bersih, berseri dan bersinar, namun apabila berkata tentang rawatan yang melibatkan suntikan ke dalam wajah atau ‘medical aesthetics’, pasti ramai mengakui kurang senang malah enggan untuk melakukannya. Dek menganggap setiap suntikan seakan menyuntik botox mahupun membuat pembedahan plastik, namun anda silap!
Realitinya, ‘medical aesthethics’ merangkumi rawatan tidak invasif seperti laser, suntikan, dan sebagainya. Rawatan tidak invasif bermakna tidak memecahkan kulit atau secara literalnya, tidak ‘memotong’ kulit anda. Pada dasarnya, banyak jenis rawatan hanya mengambil pendekatan yang lebih mendalam untuk memperbaiki kulit anda. Jadi, wajah yang berseri mungkin menjadikan kulit anda kelihatan baik dari luar, namun rawatan estetik perubatan akan menjadikannya kelihatan baik dari dalam. Pasti anda tertanya, bagaimana rawatan ini berfungsi dengan suntikan Rejuran ke dalam wajah? Adakah ianya menyakitkan? Bagaimana pula dengan kesan sampingannya. Ikuti temubual penulis bersama Dr Anshaw Lee, Pengarah Perubatan Meridan Clinic yang menyediakan rawatan eksklusif ini.


GLAM Lelaki: Apa itu Rejuran?
Dr Anshaw Lee: Rejuran diperbuat daripada polynucleotide (PN atau PDRN) yang memiliki sifat penyembuhan luka dan anti-radang. Sebagai tambahan kepada keselamatan, kestabilan dan biokompatibiliti yang baik untuk kulit manusia, ia mengembalikan matriks ekstraselular dengan mengaktifkan keupayaan memperbaiki keadaan kulit dari dalam. Banyak kajian menunjukkan bahawa PN merangsang pertumbuhan sel dan penyembuhan luka dari dalam ke luar. PN di Rejuran menghidupkan semula kulit dengan pertumbuhan sel melalui pengeluaran fibroblast. Dengan cara ini ia meningkatkan keupayaan regeneratif kulit, meningkat keanjalan kulit, tona dan tekstur kulit serta mengimbangi kuantiti minyak dan kelembapan dalam kulit.
GLAM Lelaki: Siapa yang perlu untuk melakukan rawatan estetika Rejuran ini?
Dr Anshaw Lee: Rawatan ini sesuai buat mereka yang mempunyai pigmentasi, mereka yang mengalami kerosakan kulit seperti kedutan akibat sering terdedah pada sinar matahari, mereka yang mengalami keradangan kronik kulit seperti jerawat, mengakibatkan parut jerawat.
GLAM Lelaki: Bagaimana rawatan ini dijalankan?
Dr Anshaw Lee: Rawatan ini dilakukan melalui suntikan intradermal menggunakan jarum yang disuntik di seluruh muka, termasuk dahi, pipi, kelopak mata atas dan bawah dan kawasan sekeliling mata dan kawasan kulit di antara bibir dan hidung. Kesannya, akan kelihatan sedikit bengkakan seperti gigitan nyamuk dan akan reda dalam hanya tempoh 24 jam. Rawatan ini mengambil masa kira-kira 10 minit, tidak termasuk masa yang diperlukan untuk kesan krim numbing untuk disapukan pada wajah. Pek ais juga digunakan bagi meredakan kesakitan.

GLAM Lelaki: Saya pasti ramai yang gusar akan kesakitan yang dialami apatah lagi ia melibatkan jarum? Pandangan Dr?
Dr Anshaw Lee: Ya, suntikan di kawasan seperti kelopak mata atas dan bawah dan kawasan bawah-mata dan pipi tidak menyakitkan. Walau bagaimanapun, pesakit mungkin akan berasa tidak selesa di kawasan yang lebih sensitif seperti dahi dan rahang.

GLAM Lelaki: Bagaimana pula pos-penjagaan selepas melakukan rawatan ini?
Dr Anshaw Lee: Selepas rawatan, pesakit dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam mana-mana sukan air (seperti berenang atau menyelam) untuk mencegah jangkitan di kawasan suntikan. Pesakit juga dinasihatkan untuk tidak mengambil alkohol atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan panas dan haba seperti sauna.
Selain itu, pesakit digalakan untuk merancang sesi rawatan kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya 24 jam downtime bagi membolehkan penyembuhan serta kesan bengkakan untuk reda sepenuhnya. Kulit kelopak mata atas dan bawah mungkin memerlukan sedikit masa untuk pulih.
GLAM Lelaki: Untuk hasil terbaik, berapa kali rawatan yang disarankan?
Dr Anshaw Lee: Untuk hasil yang nyata, adalah dinasihatkan untuk membuat tiga ke empat kali rawatan, jarak antara tiga hingga empat minggu di antara rawatan.


GLAM Lelaki: Terakhir sekali, kenapa Dr Anshaw menyarankan untuk sesiapa saja untuk mencuba rawatan Rejuran ini?
Dr Anshaw Lee: Semestinya saya menyarankan rawatan kulit menggunakan Rejuran untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan keanjalan kulit yang lebih baik menerusi sintesis kolagen dalam kulit. Ini kerana rawatan ini terbukti menganjalkan kulit serta mengimbangi minyak dan kelembapan dalam kulit apatah lagi ia mampu mengurangkan kesan parut jerawat dan liang terbuka, memperbaiki garisan halus dan tekstur kulit. Cubanya hari ini okay! Layari laman web kami (https://meridianclinic.com.my/) untuk membuat menempah sesi rawatan. Untuk informasi lanjut, anda semua boleh ikuti FB dan Instagram kami, atau telefon 019 9710413.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ‘KEY TREND’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2026
Koleksi Musim Bunga 2026 memperkenalkan era baharu fesyen lelaki moden. Ini lima key trend ss26 yang mendominasi runway global.
GL PICKS: MODEL LELAKI MALAYSIA YANG BERPOTENSI BERJALAN DI MINGGU FESYEN LELAKI MILAN & PARIS
Malaysia punya bakat! Empat model lelaki tempatan termasuk Ridzman Zidaine yang berpotensi membuka jalan di pentas fesyen Milan & Paris.
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.












