Skip to content

KOLABORASI EKSKLUSIF COACH X MICHAEL B. JORDAN BUAT PEMINAT NARUTO

Kongsikan artikel ini

Buat peminat setia siri manga Naruto, Coach telah melancarkan kolaborasi unik bersama pelakon antagonis Black Panther, iaitu Michael B. Jordan. Kerjasama ini adalah yang pertama kali dilakukan Coach bersama Michael yang juga seorang produser dan juga global face untuk jenama pakaian lelaki berkenaan.

Diilhamkan daripada minat Michael terhadap siri animasi Jepun itu dan berpandukan kepakaran eksklusif Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, maka terhasil koleksi fesyen lengkap ready to wear uniseks, kasut dan juga bag berinspirasikan siri manga kegemaran ramai itu. Setiap koleksi Coach x Michael B. Jordan dihiasi dengantrademark eye yang sangat popular dalam animasi Naruto. Koleksi ini juga bijak dalam menampilkan elemen karakter animasi ini yang pelbagai di setiap produknya dari pakaian, bag sehingga pada kasut.

Rekaan Coach x Michael B. Jordan sememangnya memberikan satu kelainan dan tampak fresh buat peminat jenama terkenal ini. Sempena kolaborasi ini juga, Coach telah memperkenalkan kempen yang menggabungkan nilai dan hasil tangan serta kemahiran sinematik Jordan dan ikonografi mistik Naruto. Coach juga meraikan koleksi ini secara global di pop-up store Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Berikut adalah video rasmi dan eksklusif kapsul ini yang menampilan Michael B Jordan.

Semua koleksi Coach x Michael B. Jordan ini boleh didapati di butik Coach bermula 7 Oktober 2019. Slide gambar di bawah untuk melihat koleksi ini. (Teks: Fara Adila dari GLAM)

1 of 9

1 of 9

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR 'IT BOY'

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut