JAMU SELERA DAN MATA DI PJ’S BAR & GRILL HANYA DI NEW WORLD HOTEL
Baru-baru ini, PJ’s Bar & Grill yang berlokasi di atas bumbung hotel terkenal New World Hotel di Petaling Jaya melancarkan variasi hidangan dan menu lazat, yang diinspirasikan dari inovasi moden Asia, dengan gabungan klasik Eropah dan beberapa pencuci mulut yang mengiurkan! Apatah lagi berlokasi di atas bumbung hotel New World yang menampakkan panorama menawan keseluruhan bandaraya Petaling Jaya, PJ’s Bar & Grill adalah lokasi makan malam intim yang pasti membuatkan anda dan pasangan tersenyum puas tatkala melangkah keluar.

Memberi fokus kepada daging dan makanan laut termasuk sayuran segar musim ini, rangkaian menu terbaru yang dihidangkan bermula dengan gigitan menyelerakan Tempura dengan Jagung Segar bersama aioli worcestershire, Beef Brisket Bao Sliders dengan sos barbeku yang dihidangkan bersama dan slaw Asia, dan Seafood Fritto Misto dengan mayonis sriracha.

Untuk hidangan ringan anda bakal disajikan dengan Cured Salmon bersama Avocado and Quinoa, Salad Sotong Oktopus dengan Salsa Verde Asia, sup cendawan termasuk hidangan identiti bar ini iaitu Lamb Shank New Zealand dengan Bayam Sautéed dan kentang putar, dan Glazed Black Cod dengan Aubergine Thai, Asparagus dan Calamansi Beurre Blanc.

Salad Sotong Oktopus dengan Salsa Verde Asia

Cured Salmon bersama Avocado and Quinoa
Buat peminat stik pula, nikmati hidangan istimewa di sini dari Australian Black Angus 120 Days Grain Fed Sirloin to Australian Wagyu Tenderloin Marble Score 5 dan banyak lagi!

Apa kata anda Grilled Angus “Tomahawk” Rib Eye yang digril bersama steak fries, grilled mushrooms dan arugula salad.

“Tomahawk” Rib Eye

Lamb Shank New Zealand dengan Bayam Sautéed dan kentang putar
Buat pengemar makanan laut pula, restoran ini turut menghidangkan variasi hidangan tradisional yang menjadi kegilaan seantero dunia seperti Asam Pedas Salmon yang diperbuat dari Salmon Norway, Okra, Tamarin dan Pasta Cili, French Red Snapper Bouillabaisse dengan mussels dan clams, Spaghetti Aglio Olio Itali berserta makanan laut, cili kering, bawang dan minyak zaitun.

Asam Pedas Salmon

French Red Snapper Bouillabaisse
Pencuci mulut klasik diberi nafas baru menjadi penutup menyelerakan. Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah 70% Chocolate Ganaché Tart diperbuat dari Grenadine, strawberi, Honeycomb dan Aiskrim Vanila kepada Coconut Mille Feuille dihiasi Sorbet Mangga, Karamel Gula Sawit, dan Compressed Watermelon (Tembikai) dihidang bersama Thai Basil Coulis and Calamansi Sorbet. Sungguh menggiurkan!

Chef Chris Chan Kwan Kit (Kiri) dan Chef Khalil (Kanan)
Tempahan di PJ’s Bar & Grill boleh dibuat dengan menghubungi 03-76820000 atau emailkan kepada diningreservations.petalingjaya@newworldhotels.com.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











