HP TAFSIR SEMULA ERTI KERINGANAN DALAM ERA KERJA BAHARU DENGAN PELANCARAN INOVASI PC & MESIN CETAK
HP Inc. Malaysia memperkenalkan keunggulan inovasi komputer riba (PC) dan mesin cetak yang mentafsir semula erti ‘Keringanan’ dalam era kerja baharu dengan rangkaian “Lightness in The New Era” direka khas untuk pengguna perniagaannya dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Menerusi Lightness in the New Era, HP sedia membantu pengguna meringankan beban kerja dengan menampilkan HP Elite Dragonfly, komputer riba convertible (komputer riba boleh ditukar kepada gaya tablet) perniagaan yang paling ringan di dunia, dan HP Neverstop Laser, mesin cetak tangki toner pertama di dunia. HP Inc. Malaysia mencipta produk-produk tersebut dengan tekad untuk memudahkan pelaksanaan kerja, meringankan beban kerja dan tekanan terhadap bumi menerusi inovasi yang bermakna dan lestari, tanpa menjejaskan kualiti atau prestasi.
Meringankan beban kerja anda
HP meringankan beban kerja menerusi inovasi reka bentuk HP Elite Dragonfly. Sesuai untuk perniagaan moden profesional yang memerlukan sebuah komputer riba ringan, tahan lama, sentiasa terhubung dan terlindung. HP Elite Dragonfly merupakan komputer convertible perniagaan yang sangat ringan dengan berat kurang daripada 1-kilogram menawarkan hayat bateri 24.5-jam untuk membolehkan pengguna bekerja berjam-jam tanpa memerlukan soket kuasa. Komputer ini menawarkan nisbah skrin kepada kerangka tertinggi di dunia dalam komputer 13 inci, pada kadar hampir 86 peratus dan boleh bertukar serta-merta daripada tablet kepada PC. Pengguna juga boleh menikmati prestasi terbaik untuk perniagaan dengan pemproses Intel® Core™ vPro™ Gen Ke-8.
HP Elite Dragonfly disediakan dalam warna Biru Pepatung Pendarrona yang dibina dengan pengukiran jitu daripada Magnesium mesin CNC supaya tahan lama, dan menawarkan papan kekunci HP Quiet Keyboard yang sangat ringan dan pad klik ringan. Direka untuk menyerlahkan keperibadian yang tersendiri, pilihan sambungan 4G LTE kelas gigabit membolehkan pekerja untuk berhubung dan bekerjasama dari mana-mana sahaja di dunia menerusi komputer convertible perniagaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan antena LTW 4×4. HP Elite Dragonfly juga merupakan komputer convertible pertama di dunia yang memuatkan perisian berunsur kesejahteraan peribadi, HP Workwell.

Mesin Cetak HP Neverstop Laser ialah tangki toner pertama di dunia yang memaparkan HP Reload Kit yang boleh diisi semula dalam masa 15 saat, dengan mudah tanpa masalah.

HP Spectre x360 ialah komputer convertible (komputer riba boleh ditukar kepada gaya tablet) paling kecil di dunia dengan nisbah skrin kepada badan 90% dengan reka bentuk canggih yang nyata terserlah, kemudahan untuk dibawa ke sana sini dan ciri keselamatan untuk ketenangan fikiran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk pengguna.

HP Smart Tank membolehkan percetakan kelajuan tinggi yang boleh dipercayai, lantas membezakannya daripada mesin cetak lain dalam kelasnya.

Harga dan Bekalan
- HP Elite Dragonfly boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dari RM6,500.
- HP Spectre x360 boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dariRM 5,499.
- HP Neverstop Laser Printer boleh didapati mulai hujung Disember dengan harga bermula dari RM1,249.
- HP Smart Tank boleh didapati sekarang, dengan harga bermula dari RM729.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.











