BERGAYA SAMBIL BERAMAL BERSAMA ZEGNA
Tak kira Hari Raya mahupun Hari Natal, musim perayaan bukan saja mengisyaratkan masa untuk berpesta. Ia juga memberi kita peluang untuk berbuat amal kebajikan serta membantu golongan yang memerlukan.
Begitu sempurna sekali, bagi mereka yang masih tercari-cari hadiah untuk rakan-rakan yang meraikan Krismas, Ermenegildo Zegna membolehkan anda untuk memberi sambil menderma.

Melalui satu kerjasama dengan Cesvi, yakni antara badan kebajikan terbesar dan cukup prominen di Itali, Ermenegildo Zegna mahu berperanan secara lebih aktif dalam membangunkan perkembangan sosial dan budaya di kalangan generasi muda. Maka, mereka telah mencipta satu koleksi istimewa kemeja-T #WHATMAKESAMAN di mana hasil jualan daripada koleksi ini akan disalurkan kepada Cesvi dengan tujuan melindungi dan membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Salah satu rekaan t-shirt #WHATMAKESAMAN dari Ermenegildo Zegna
Satu lonjatan daripada kempen #WHATMAKESAMAN, kerjasama bersama Cesvi ini diberi nama From A to Zegna, dan memegang misi untuk membekalkan ajnas program pendidikan yang bertujuan untuk mencabar stereotaip perihal ‘kejantanan’ lantas menerapkan nilai kemanusiaan di kalangan belia dunia.
Setiap program direka khas mengikut komuniti yang disasarkan – baik di Itali, Peru mahupun Afrika Serlatan – berdasarkan keperluan unik setiap kelompok itu. Tujuannya untuk menghormati budaya sekampung daerah itu, sambil memupuk pembangunan yang positif di kalangan mereka. Antara modul-modul program ini melibatkan bengkel tentang komunikasi antara rakan seangkatan, diskusi berkumpulan, juga kolaborasi dengan universiti lokal untuk berbicara mengenai interaksi yang sihat. Semuanya untuk menggalakkan dialog berkenaan konsep maskuliniti sebagaimana yang mahu digalakkan oleh kempen #WHATMAKESAMAN Zegna.

Zegna percaya, tidak kira apa pun bentuknya, pendidikan adalah kaedah terbaik untuk mempengaruhi kehidupan sesuatu komuniti secara menyeluruh, untuk memupuk keterbukaan, lantas mencapai kebebasan.
T-shirt #WHATMAKESAMAN boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna sekarang, pada harga RM1,050. Christmas shopping, anyone?
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OLD ARCHIVES, NEW ATTITUDE: ACNE STUDIOS X HUSSEIN CHALAYAN
Acne Studios x Hussein Chalayan mengolah arkib fesyen dengan sentuhan eksperimental, siluet unik dan kreativiti yang mencuri perhatian.
SENTUHAN COUTURE, GAYA HARIAN: ELIE SAAB X H&M
Elie Saab x H&M menggabungkan sentuhan couture dengan gaya harian menerusi rekaan elegan, potongan moden dan perincian yang memikat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
HUDSON WILLIAMS X BVLGARI, WAJAH BAHARU, STATUS BERBEZA
Hudson Williams bergandingan dengan Bvlgari, membawa gaya lelaki moden, sentuhan mewah dan pengaruh baharu dalam dunia fesyen antarabangsa.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











