Zegna mengajak kita untuk bertanya, “What makes a man?”
Identiti seorang Lelaki Alfa itu sememangnya sudah termaktub dalam DNA GLAM Lelaki. That is who we represent. Namun, kami sedar bahawa takrifan ‘Lelaki Alfa’ itu, malah ciri-ciri yang memberi definisi kepada perkataan ‘lelaki’ mahupun konsep ‘maskuliniti’ itu sendiri, semestinya berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain. Masing-masing punya persepsi dan pandangan tersendiri terhadap apa yang kita ertikan seorang ‘lelaki’. Malah, diskusi perihal perkara ini adalah pemangkin bagi setiap gerak-geri dan keputusan yang kami buat di GLAM Lelaki. Mengajak para pembacanya untuk sama-sama mengeksplorasi apa yang membentuk seorang Lelaki Alfa, boleh dirumuskan sebagai salah satu modus operandi bagi GL.
Melangkah dari titik yang sama, baru-baru ini jenama Itali, Ermenegildo Zegna telah melancarkan satu kempen baru yang turut menjemput orang ramai untuk sama-sama merujuk kembali definisi mereka mengenai seorang ‘lelaki’. Dengan mengajukan satu soalan mudah yang mengundang jawapan kompleks: Apakah yang membentuk seorang lelaki? What makes a man?
Ia satu persoalan yang tidak punya satu jawapan tepat. Kerana konsep maskuliniti dalam era Milenium Baru sudah berevolusi dari definisi tradisi Lelaki Alfa. Dan sebagai jenama yang banyak membantu membentuk stail peribadi lelaki dari satu generasi ke satu generasi lain, Zegna cukup faham akan evolusi itu. Jadi, bagi Zegna, pegangan tradisi yang menggambarkan maskuliniti sebagai suatu konsep yang keras, serius, statik dan tidak taksa sudah tidak punya aplikasi dalam dialog dunia kini. (Satu pendapat yang selari dengan pegangan GL).
Kerana pada Zegna, maskuliniti is a state of mind. Bukan berdasarkan aturan yang tertentu, dan bukan berlandaskan rupa fizikal semata. Maka, kempen #WhatMakesAMan mahu kita mempersoalkan apa yang membentuk seorang lelaki, dengan tujuan untuk membuka minda dan mencetus dialog. Agar kita boleh mengenali diri kita dengan lebih mendalam dan lebih ikhlas, lebih jujur. Juga secara tidak langsung, menghindarkan ‘maskuliniti toksik’.

Mahershala Ali, untuk kempen Ermenegildo Zegna #WhatMakesAMan
Kualiti-kualiti seperti kekuatan, keberanian dan kebijaksanaan adalah ciri-ciri tradisi seorang lelaki. Yang kini dilengkapi ciri-ciri yang mungkin dulu tidak dititik beratkan atau kurang diambil peduli. Seperti kasih sayang, adab, kesopanan, kesabaran. Juga kerentanan (vulnerability) dan keeksentrikan. Apa yang membentuk seorang lelaki adalah maruahnya, dan keterbukaan untuk menerima kontrakdiksi kehidupan, untuk beradaptasi mengikut masa namun kekal jujur pada diri sendiri.
Dalam usaha mendorong dialog terhadap topik ini, Ermenegildo Zegna telah memilih aktor Mahershala Ali dan artis Nicholas Tse sebagai wajah-wajah kempen #WhatMakesAMan. Sebagai pelakon versatil yang menghidupkan pelbagai aspek maskuliniti dalam lakonannya, Mahershala Ali amat serasi dengan spirit kempen ini. Punya pemikiran yang tajam dan terbuka, penuh berbudaya dan berjiwa bebas, Mahershala Ali juga punya pesona yang mudah didekati.

Nicholas Tse, untuk kempen Ermenegildo Zegna #WhatMakesAMan
Nicholas Tse pula punya passion untuk berkarya. Baik sebagai pelakon, penyanyi, pemuzik, ahli seni mempertahankan diri, juga cef, Nicholas sengaja memecahkan stereotaip untuk bergerak ke depan dalam caranya sendiri.
Dalam kempen ini, Mahershala Ali dan Nicholas Tse berkongsi falsafah juga pendapat mereka yang menjawab persoalan “What makes a man?” Menerokai aspek kejayaan malah juga kegagalan, cinta, perjalanan, risiko, impian dan kebebasan – kualiti-kualiti yang membentuk karakter dan pegangan seorang lelaki.
Sungguhpun tiada jawapan yang tepat, yang pasti apa yang membentuk seorang lelaki ialah sifat keterbukaan. Untuk menghadapi lantas menerima suatu perubahan. Untuk menerima dirinya seadanya dengan yang baik atau yang kurang. Keterbukaan untuk mendefinisikan ‘lelaki’ dalam takrifan sendiri, dengan penuh yakin dan berani.
Ikuti kempen #WhatMakesAMan di saluran YouTube Zegna atau di pautan ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON
Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton.
JEREMY SCOTT UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA MOSCHINO
Selepas satu dekad, Jeremy Scott mengumumkan dia bakal melepaskan kerusi Pengarah Kreatif jenama fesyen mewah Itali.
10 GAYA FESYEN IKONIK HARRY STYLES YANG MEMUKAU MATA
Harry Styles membuktikan dirinya sebagai salah seorang artis terbesar dan paling berpengaruh dalam muzik. Nama gah Harry Styles juga tidak asing lagi dengan gaya fesyen ikonik dan pelik.
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
PHARRELL WILLIAMS DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KREATIF LELAKI LOUIS VUITTON
Rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton telah melantik Pharrell Williams bagi menggantikan Virgil Abloh sebagai Pengarah Kreatif Menswear terbaharu jenama itu.