Destinasi Gaya Hidup Kuala Lumpur Dikemaskini Dengan Wajah dan Penawaran Baharu.
ISETAN The Japan Store @ Lot 10 dengan bangganya memperkenalkan wajah yang disegarkan semula dan penawaran pelbagai jenama serta produk yang dikemas kini. Masih berterusan mengetengahkan pilihan fesyen, aksesori dan makanan terbaik Jepun, gedung ini sekarang turut menawarkan pelbagai jenama, mewujudkan penawaran lebih menyeluruh kepada semua pelanggan.
LANTAI BAWAH (G) – THE DESIGN
ISETAN The Japan Store dengan bangganya menampilkan jenama FDMTL, Mastermind World, #FR2, Porter and Comme Des Garcons, Billionaire Boys Club, bersama jenama tempatan, antaranya seperti A by Jane, Joe Chia, Motoguo dan Jonathan Liang. Kedai jam Seiko, kedai barangan perhiasan Imayo, kamera Leica, Bearbrick dan produk gaya hidup premium lain juga ada di sini.
Destinasi gastronomi signature, The Table yang menampilkan koleksi restoran sajian Jepun autentik dan premium kini dibuka di Isetan Kuala Lumpur, Suria KLCC.