TIP & TRIK PENGGAYAAN KASUT WINGTIP
Kasut wingtip adalah item fesyen wajib ada buat setiap lelaki. Ia membiaskan penampilan stylish menerusi rekaan klasik, moden serta memenuhi elemen maskulin. GL mempersembahkan trik untuk tampil kreatif dan segar.
Kasut wingtip adalah pelaburan aksesori fesyen terbaik. Walaupun harga di pasaran agak tinggi, tetapi ia boleh dipakai sampai bila-bila. Seringnya kita menyarung kasut kulit hitam oxford ke pejabat atau acara formal, cuba gantikan dengan kasut wingtip. Rekaan dan warna kasut ini hadir dalam tema klasik, tetapi bergantung kepada kreativiti anda untuk suai padan dengan helaian lain agar nampak segar. Jika ke acara formal, sunting tema gaya preppy seperti bermain dengan warna (jingga, biru) dan gantikan kemeja dengan baju sejuk turtle neck. Gaya ini mengambil ilham mod yang kini menjadi trend semula.
Cara menggilap dengan betul
• Anda hanya perlukan tiga item ini; kain lembut, penggilap kasut dan berus kasut.
• Hilangkan kotoran pada permukaan atau celah-celah kasut menggunakan berus kasut. Tunggu sehingga ia kering.
• Celup sedikit penggilap kasut pada kain lembut.
• Sapukan pada bahagian permukaan kasut terlebih dahulu dalam putaran 360 darjah.
• Kemudian, gosokkan bahagian tersebut menggunakan berus dengan tekanan lebih kuat.
• Akhir sekali, tiup pada bahagian-bahagian kasut yang terlindung agar tiada kotoran terperangkap pada lubang-lubang kecil kasut.
Kasut wingtip bisa digayakan bila-bila masa. Tak semestinya acara formal (disebabkan rekaannya), ia juga bertindak sebagai pelengkap gaya kasual. Kasut wingtip material suede ini terarah moden dan lebih kasual. Saranan kami, cuba padankan dengan seluar pendek bermotif serta jaket utiliti dan sudahkan dengan lilitan skarf. Ia mencipta gaya sempurna kala musim sejuk. Tidak perlu berstoking, sarungkan kasut wingtip untuk tampil fun and trendy.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…
10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
GLAM Lelaki memperkenalkan sandal lelaki terbaik untuk penampilan yang santai dan gaya dalam setiap langkah.
TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU
Skechers memukau di KLFW 2024 dengan koleksi The UNO Fall/Winter 2024 menandakan pencapaian penting dengan paparan fesyen mengagumkan.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.
FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX
Jenama fesyen Paris, Dior kini membuka pintu butik terbaharu mereka di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX dengan memperkenalkan konsep baharu di rantau Asia.