SEMAKIN SASA? 3 TIP PEMILIHAN PAKAIAN TERBAIK UNTUK ANDA
Anda kini sedang ‘membina’ badan? Perubahan saiz pada tubuh menunjukkan sesuatu yang ketara? Baju-baju lama semakin tidak muat? Itu tandanya anda memerlukan set atau koleksi baju lain dalam gerobok pakaian. Namun bagaimana? Bukankah ada trik dan tip tersendiri dalam memilih pakaian terbaik buat mereka yang bertubuh sasa? Ya, kami ada tipnya! Teruskan membaca.

1. NISBAH YANG BETUL
Its all about the right ratio! Kenyataan ini adalah khusus untuk lelaki berotot. Memakai pakaian yang menonjolkan dada, tubuh atau kaki anda yang tegap mungkin kelihatan sesuatu yang ingin dibanggakan selepas segala hasil usaha anda mencantikkan badan, tetapi anda diminta untuk kurang meletakkan penekanan di bahagian-bahagian itu. Sebagai contoh, elakkan memakai seluar jean skinny, ataupun pemakaian jaket yang tidak berstruktur dan fabrik yang ringan. Elakkan kemeja yang sendat yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan apabila bergerak.
2. JENAMA
Tahukah anda, terdapat variasi jenama pakaian mempunyai saiz dan fabrik tersendiri dan ini memberi kesan yang besar ke atas pemilihan saiz terhadap setiap individu yang memfokuskan demografi, lokasi dan gaya tertentu. Ini bermakna banyak pilihan untuk anda cuba dan pakai. Senang cerita, try and error!
3. MEMILIKI TUKANG JAHIT PERIBADI
Akuilah, bagi lelaki yang bertubuh sasa dan besar, ada kalanya pasti akan mengalami kesukaran dalam memilih pakaian yang benar-benar fit untuk mereka. Namun, anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menempah sendiri pakaian. Positifnya, anda akan menyarung pakaian yang ditempah mengikut bentuk badan secara spesifik dan pasti elok terletak di atas tubuh.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











