Skip to content

KOMITMEN TIMBERLAND TERHADAP ALAM SEKITAR

Kongsikan artikel ini

Timberland baru-baru ini merealisasikan komitmen mereka terhadap alam sekitar dengan koleksi Musim Bunga/Panas 2020 bertemakan ‘Work Hard For Nature’. Koleksi The Grey Collar ini adalah pendekatan jenama ini dalam mewujudkan produk secara bertanggungjawab dan berhemah sambil meningkatkan penggunaan bahan kitar semula, organik dan boleh digunakan kembali dari masa ke semasa. Koleksi ini juga hasil rekaan pakaian yang menepati keperluan peneroka dalam menghormati alam sekitar.

Timberland mentakrifkan semula pakaian kerja atau workwear untuk era baru, dengan menggabungkan stail dan bahan mampan selari dengan prinsip Nature Needs Heroes untuk musim Spring/Summer 2020, termasuklah mengilhamkan lapisan masyarakat agar kekal bergaya namun tidak melupakan untuk melindungi masa depan lebih baik untuk bumi.

Timberland teruja memperkenalkan Asia Eco Hero, Tony Yang seorang pelakon yang sangat dihormati dengan keghairahannya menjaga alam sekitar, sepadan dengan peranan Nature Needs Heroes yang digalasnya. Yang adalah wajah eksklusif pakaian yang diilhamkan oleh Timberland musim ini. Jelas Yang lagi, “Even small actions can make tremendous changes.” 

Tony Yang

Berpandukan langkah-langkah inisiatif kemapanan yang bersepadu, rekaan koleksi pakaian ini bertujuan untuk meminimumkan kesan alam sekitar mereka dengan menggunakan teknologi kain yang inovatif dan lestari. Antara item utama adalah Mount Tecumseh Worker Jacket dengan siluet double-breasted yang menampilkan 85% campuran teksil ReBOTL™ dan 15% kapas organik.

Tony Yang

Selain itu, kasut but asli 6” yang kalis air, menawarkan bahagian atas dengan dua-tona yang menyerlah yang direka dari kulit premium yang dicedok dari LWG Silver-Rated (diaudit oleh Leather Working Group berdasarkan penggunaan tenaga, pengeluaran sisa dan rawatan air) dan dimeterai dengan bahagian kalis air oleh TimberdryTM.

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut