SUKA DUKA DUNIA CINTA
CARTIER MENYELAMI EMOSI DALAM MELAYARI BAHTERA PERCINTAAN. EKSPLORASI CINTA DIANGKAT SEBAGAI TEMA UTAMA PEMBIKINAN KEMPEN IKLAN CARTIER BERTAJUK ‘HOW FAR WOULD YOU GO FOR LOVE’ DEDIKASI MUSIM BARU. HASIL BIDIKAN PENGARAH BERBAKAT CEDRIC KLAPISCH, TERSEDIA UNTUK TONTONAN UMUM DI TIAP PLATFORM DIGITAL.
Tepat pada masanya, Cartier melancarkan kempen iklan berkonsep filem pendek, bagi merai hari kekasih Februari nanti. Jalan cerita yang dipaparkan ringkas dan tidak memerlukan banyak pemain filem, namun berupaya menggelorakan rasa cinta yang kuat.
Dan mesej untuk memuliakan yang tersayang sampai dengan berkesan sekali. Tema kempen iklan yakni ‘How Far Would You Go For Love’ langsung menterjemahkan ‘idea gifting’ tahun 2020 untuk Hari Valentine khasnya.
‘How Far Would You Go For Love’ mengajak penonton mendasari perjalanan cinta epik sepasang kekasih yang mula menyatu hati pada usia muda. Walaupun banyak kesulitan yang terpaksa dilalui seperti pergaduhan akibat ketidaksefahaman.
Pun begitu, atas dasar cinta yang mendalam, pasangan tersebut kembali untuk melafazkan cinta. Dan turut dimuatkan adegan di mana, si lelaki melamar kekasihnya dengan seutas cincin Cartier untuk berkahwin.
Plot cerita berkembang mengutarakan simbolik cinta mereka dalam satu perjalanan ‘roadtrip‘ ke suatu tempat indah yang masih diselangi adegan bergaduh. Menunjukkan pasangan tersebut mengalami senario yang sama seperti pasangan cinta lain. Meskipun ada pergaduhan tercetus, mereka tetap kembali menyatu. Tak sanggup untuk berpisah. That’s what you will do for love. Pertalian cinta mereka kekal sehingga ke usia tua.
Di samping penerokaan kisah cinta mereka, Cartier melestarikan keunggulan cinta sebagai gifting idea Hari Valentine yang mendatang, hadiah perkahwinan dan sebagainya melalui tampilan aksesori mewah Cartier yang boleh disaksikan sepanjang tontonan. Diiringi oleh rangkaian-rangkaian lain khusus lelaki termasuklah jam tangan dan gelang tangan, menggemilangkan emas buat si lelaki.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
5 RANCANGAN PERLU TONTON SEPANJANG JUN 2022
Laman penstriman utama seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan lima rancangan yang perlu anda tonton sepanjang Jun 2022.
5 TIP KEJUTAN HARI KEKASIH OLEH PAKAR PROFESSIONAL MATCHMAKER
Sempena Hari Kekasih yang bakal tiba, 5 cadangan yang GL senaraikan ini bakal memberi kejutan hebat buat pasanganmu.
HERON PRESTON FOR CALVIN KLEIN: SEASON 2
The future of dressing. Heron Preston dan Calvin Klein hadirkan koleksi baharu streetwear bernada mewah. Luxe comfort-membentuk tema koleksi.
TIMOTHEE CHALAMET JADI DUTA BAHARU CARTIER
Cartier berbesar hati mengumumkan pelakon filem Dune, Timothee Chalamet yang free-spirit itu sebagai the new friend of the house
“GIFTING IDEAS” PRADA, HADIAH UNTUK KEKASIH
Penghibur Cai Xu Kun menghiasi kempen koleksi Prada untuk Festival 2021 Qixi. Sejumlah aksesori untuk budaya memberi dan menerima buat yang tersayang.