Skip to content

FATHER-SON DUO SELEBRITI PALING HANGAT!

Kongsikan artikel ini

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tempias populariti dek lahir dari keluarga yang terkenal turut menyaksikan anak-anak selebriti ini menjadi kegilaan ramai. Selain lahir dengan gen keluarga, anak-anak mereka juga punya personaliti, bakat serta aura yang tersendiri. GL senaraikan seleksi pasangan selebriti father-son paling hangat untuk anda.

1) David Beckham & Brooklyn Beckham

Antara yang paling hot masa kini. David Beckham memang terkenal dengan aura, kekacakan serta penampilannya yang high-class dan well-dressed, dan kini anak sulungnya, iaitu Brooklyn dilihat mengikut jejak langkahnya. Mewarisi ketampanan ayahnya, Brooklyn dilihat punya masa depan yang cerah sama ada dalam bidang sukan, lakonan mahupun modeling. Malah, Brooklyn juga sering dilihat di majlis serta parti jenama popular di Hollywood.

2) Pialo Pascual & Iñigo Lazaro Pascual

Kecoh seketika di internet suatu masa dulu apabila gambar-gambar Pialo, pelakon telenovela dan pemuzik kacak Filipina bersama seorang anak muda kacak bertebaran di internet. Ramai menyangka yang bukan-bukan, padahal ia adalah anak kandung Pialo iaitu Inigo Lazaro Pascual. Berikutan ketampanan dan awet muda ayahnya, Inigo dilihat seperti adik dalam gambar-gambar tersebut. Dan kini, Inigo dikhabarkan bakal mengikut jejak ayahnya malah semakin popular di laman sosialnya, malah sudah mengikat kontrak dengan Star Magic sebagai pelakon. Pengikut di Instagramnya saja sudah mencecah 1.4 juta!

 

3) Arnold  Schwarzenegger & Patrick Schwarzenegger

Arnold juga turut memiliki seorang anak yang bakal mengikuti langkahnya sebagai pelakon. Patrick Schwarzenegger mula mendapat perhatian apabila sering kali memuat turun gambar-gambar seksinya di laman media sosialnya. Mewarisi ketampanan ayahnya, Patrick juga seorang model dengan LA Models, malah menempah gig pertama sebagai pelakon utama dalam filem Midnight Sun.

4) Will Smith & Jaden Smith

Siapa yang tidak kenal dengan duo hebat ini. Will Smith, antara pelakon kelas A Hollywood tidak membuang masa dengan anaknya ini. Melihat kebolehan dan bakat yang ada pada Jaden, Will Smith dikhabarkan menggalakkan anaknya itu untuk berlakon. Selain pernah bekerjasama dalam filem The Karate Kid (ayahnya sebagai penerbit) serta The Pursuit of Happiness dan After Earth (mereka berlakon bersama), Jaden dilihat bakal menjadi pelakon hebat yang akan menggantikan ayahnya nanti. Jaden juga bukan saja handal di layar perak, namun dia juga seorang rapper, menjadi muse untuk pelbagai jenama fesyen di samping menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal.

5) Clint Eastwood & Scott Eastwood

Clint Eastwood merupakan pelakon dan pengarah handalan Hollwood masa kini. Hollywood cukup menyanjungi hasil kerja arahan Clint dan sudah banyak kali tercalon dalam anugerah seperti Oscar dan Hollywood. Clint juga mempunyai seorang anak lelaki yang bukan saja handal berlakon, namun mewarisi auranya iaitu Scott Eastwood. Bukan saja kacak, Scott sering kali menjadi perhatian berikutan raut wajah dan tubuh maskulinnya, menjadi model untuk  Cool Water by Davidoff, malah popular dengan filem-filem yang dibintanginya.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut
15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

15 DETIK PENTING KERJAYA DAVID BECKHAM DALAM SEJARAH BOLA SEPAK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

EVOLUSI GAYA VICTORIA & DAVID BECKHAM SEJAK DUA DEKAD LALU

Bacaan Lanjut