Skip to content

ITEM FESYEN HANGAT FEBRUARI 2020

Kongsikan artikel ini

LMEBARAN BARU FESYEN MENANDAKAN ITEM-ITEM FESYEN HARUSLAH DIPERBAHARUI. PASUKAN FESYEN GLAM LELAKI CADANGKAN LIMA ITEM FESYEN MUSIM BUNGA 2020 YANG PATUT DIMILIKI SEGERA!

BUCKET HAT

LOUIS VUITTON memperlihatkan daya inovasi bersama Rioy Games dengan mempersembahkan koleksi kapsul Louis Vuitton x League of Legends. Sifat inovatif koleksi ini terbukti menerusi kebolehan Nicolas Ghesquiere mengubah aksesori asas kepada rekaan yang lebih menyerlah. Tampak berkarakter. Keserlahan kreativiti yang signifikan buat koleksi ini yakni corak monogram dalam rupa bentuk bucket hat dan sebagainya.

BEG DOKUMEN

 

Keperibadian lelaki masa kini menjadi sendi rekaan GUCCI yang digabung bersama aspek praktikaliti melalui aksesori kecil. Beg dokumen mini yang dihiasi motif GG Supreme memperkasakan lagi himpunan aksesori kecil Gucci dedikasi musim baru. Sempurna buat lelaki on the go kerana ia mudah dibawa. Sandiwara dalam stail tak pernah kecundang di medan fesyen Gucci.

BEG TOTE

 

 

MULBERRY mengetengahkan himpunan Portobello Tote dengan variasi warna signatur mengikut musim, meneguhkan falsafah kelestarian yang diperbuat daripada seratus peratus sustainable leather. Meluhurkan reka bentuk ringkas yang bisa dijinjing, menampilkan citra ultra moden. Rangka rekaan yang terlihat ‘architectural’, yang mana mempamerkan keteguhan stail seseorang individu itu.

SANDAL

 

 

Label BONIA beralih ke jiwa muda untuk musim bunga/panas 2020. Meletakkan laut biru dalam sebagai inspirasi, himpunan sandal yang ditawarkan musim ini memperlihatkan impak sporty sebagai tunjang utama. Tercetus daripada elemen peralatan skuba, perkakasan utilitarian dan banyak aspek penting lain. Sandal dalam warna coral, bereka bentuk kukuh menambah satu lagi daya tarikan item fesyen musim baru.

SNIKER MODEN

 

FENDI mengolah serangkaian sniker berpegang kepada rencah fesyen tanpa batasan. Diberi nama FENDI FFluis, ia dibaluti fabrik suede yang berwarna-warna karakter dan sifat yang tidak mengkhususkan gender. Reka bentuk chunky, yang mana mengangkat tema sukan dan mengkonsepsikan kepelbagaian.

KACA MATA

Label Carrera menghadirkan reka bentuk kaca mata bernada bold dengan bingkai logam bersama label ikonik bendera Carrera pada sisi tepi dan keliling kaca mata serba sleek ini. Aksesori ini didatangkan dengan beberapa variasi rona seperti lensa emas kuning bersama bingkai emas, lensa photochromic merah jambu bersama bingkai emas merah, lensa kelabu dengan bingkai rutenium dan beberapa jenis warna lain tersedia untuk dimiliki.

 

 

By JOHAN KASSIM
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA LOKAL YANG IKONIK, KELUANG MAN.

Bacaan Lanjut
Stronger With You Armani

A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU

Bacaan Lanjut
NYK glam lelaki

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA

Bacaan Lanjut