AWAS, PENYAKIT JANTUNG BUKAN SERANG WARGA TUA SEMATA!
Pemergian mengejutkan di kalangan selebriti benar-benar membuka mata dan minda kita bahawa kematian boleh menjemput bila-bila, termasuklah kondisi penyakit jantung yang dahulunya sinonim dengan warga tua, namun kini tidak lagi. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian pelakon Ashraf Sinclair yang khabarnya meninggal dek serangan jantung ketika tidur, walaupun dirinya dilihat sentiasa sihat dan tidak memiliki sebarang sejarah penyakit berkenaan.
Namun tahukah anda, penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Lebih merisaukan, trend di negara ini menyaksikan penyakit berkenaan dideritai oleh golongan lelaki pada usia muda. Bagaimana serangan jantung boleh terjadi dan apa penyebabnya? Bagaimana cara untuk menghindarnya?

Menurut sumber menerusi Sinar Harian, Pakar Jantung IJN, Dr Beni Rusani memberitahu, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat penyakit jantung. Jelas Dr Beni, faktor menyebabkan penyakit itu disebabkan kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam serta sejarah keluarga. Jadi amati tanda-tanda ini:
- Sakit di tengah dada, ‘menyucuk’, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan tangan kiri hingga rasa kebas.
- Berdebar-debar.
- Loya dan muntah.
- Berpeluh-peluh.
- Rasa hendak pitam.
Antara saranan bagi mengurangkan risiko sakit jantung adalah:
1 Makan secara sihat: Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
2 Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
3 Tidak merokok atau vaping: Ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
4 Menangani stres: Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Sumber: www.ummc.edu.my | Foto: AFP
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.











