Skip to content

LELAKI JUGA BOLEH GUNA, CLEAR LANCAR RANGKAIAN PRODUK BERASAS BOTANI

Kongsikan artikel ini

Diinspirasikan oleh kebaikan botani dan dimanfaatkan oleh sains, CLEAR Malaysia dengan bangganya melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut baharu, CLEAR Botanique, yang mengandungi 100% bahan semula jadi tanpa paraben dan pewarna. Rangkaian ini boleh didapati di pasar raya, kedai runcit, farmasi serta laman e-dagang di Malaysia.

Wanita (termasuk lelaki) masa kini selalu mencari penyelesaian untuk masalah kelemumur mereka samping mengekalkan rambut yang cantik dan bermaya. Walaupun syampu anti-kelemumur diketahui keberkesanannya, ada di antara mereka risau syampu anti-kelemumur membuatkan rambut mereka kelihatan kusam dan kasar. Oleh sebab itu, ramai memilih syampu yang mengandungi bahan semula jadi sebagai penyelesaian bagi masalah rambut dan kulit kepala.

Kini, dengan CLEAR Botanique, pengguna boleh meyakini bahawa rambut dan kulit kepala mereka akan dipelihara dengan baik. Rangkaian syampu dan perapi anti-kelemumur CLEAR pertama yang mengandungi bahan semula jadi ini melindungi rambut dan kulit kepala dibantu oleh teknologi anti-kelemumur tiga kali ganda dan 100% ekstrak botani semula jadi. Formulasi baharu ini menguatkan kulit kepala untuk kulit kepala bebas kelemumur*  di samping mengekalkan rambut yang kelihatan kuat bersinar dan cantik bermaya.

“Untuk mendapatkan rutin penjagaan rambut yang sempurna adalah sukar kerana kita bukan hanya mencari jawapan untuk rambut yang bebas kelemumur. Sebaliknya, kita inginkan penyelesaian penjagaan rambut menyeluruh yang boleh menyelesaikan masalah kelemumur di samping memelihara rambut agar kelihatan cantik dan bermaya. Inilah idea yang mendorong kami untuk memperkenalkan CLEAR Botanique kepada pengguna,” kata Natalie Goh, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Rambut dari Unilever.

Anda boleh membeli produk ini di farmasi Guardian dan kedai atas talian dengan harga RM22.90 untuk setiap botol syampu dan perapi, atau sebagai satu set pada harga RM45.80.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berinteraksi dengan CLEAR Malaysia di Facebook atau Instagram.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LUBUK TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN 'NICHE' YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut