Skip to content

5 TIP EKSPRES TURUNKAN BERAT BADAN BUAT LELAKI

Kongsikan artikel ini

Perkara paling utama dalam usaha menurunkan berat badan adalah pembakaran kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang anda ambil ketika makan. Kejayaan ini bergantung dengan usaha anda melakukan diet menurunkan berat yang konsisten, barulah anda akan mendapatkan tubuh idaman. Oleh itu, GL senaraikan lima tip mudah untuk turunkan berat badan buat lelaki!

1) Sarapan Lebih Awal

Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda selalu sarapan jam 7 pagi, maka awalkan waktu sarapan menjadi jam 6 pagi.

2) Gunakan Pinggan Berukuran Kecil

Anda boleh mengurangkan bahagian makanan dengan menggunakan piring berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan.

3) Sentiasa Bergerak

Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh setiap hari. Anda juga boleh mencuba naik turun tangga dengan kerap atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan.

4) Pendedahan Kepada Sinar Matahari

Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari akan mampu meningkatkan metabolisme sehingga tubuh sanggup membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda menurunkan berat badan.

5) Minum Sebelum Makan

Apabila kita minum segelas air sebelum makan, maka perut akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak), dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan.

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA

Bacaan Lanjut