Skip to content

PHARELL WILLIAMS LANCARKAN PRODUK PENJAGAAN KULITNYA SENDIRI BULAN INI

Kongsikan artikel ini

Foto: Instagram Pharell Williams

 

Kalau anda pengikut setia Pharell Williams, pasti ada satu hal yang anda perasan, wajahnya tidak banyak berubah, dari zaman tampil berkumpulan hinggalah saat melancarkan kerjaya solo, dia bagaikan tidak dimamah usia. Ada yang berpendapat orang berkulit gelap memang begitu, lambat kelihatan tua. Tapi saya tak percaya atas kerana faktor itu semata dia nampak muda, pasti dia sendiri rajin menjaga kulit mukanya. Masakan selebriti yang sibuk dengan konsert jelajah, kerja rakaman dan pelbagai rutin kerja lagi boleh tampil sesegar Pharell tanpa sebarang usaha untuk menjaganya. 

Terbaru, penyanyi berusia hampir setengah abad itu (Pharell kini sudah 47 tahun) akan melancarkan label penjagaan kulitnya sendiri. Ini pastinya satu berita baik buat peminatnya. Tambah menarik, produk ini bersifat uniseks, formulanya dicipta untuk lelaki dan perempuan. Nampaknya Pharell mengikut jejak Rihanna yang melancarkan produk penjagaan kulit uniseks dan untuk semua jenis kulit. Lebih menarik, bekas produk ini diperbuat menggunakan 50 peratus plastik kitar semula. Dinamakan sebagai Humanrace yang juga sama dengan nama koleksi kolaborasinya bersama Adidas, Pharell mengumumkan khabar gembira ini menerusi Instagramnya. Rangkaian ini dijadulkan dilancarkan pada 25 November. 

Sebagai langkah permulaan, Pharell bakal memperkenalkan Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator, Humidifying Cream and Routine Pack. Antara bahan yang diguna Pakai dalam produk ini ialah glycolic acid, kaolin clay dan snow-mushroom extract. 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pharrell Williams (@pharrell)

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
skincare lelaki

RUTIN SKINCARE 2024 : 5 LANGKAH UNTUK KULIT WAJAH SIHAT

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut