PENYATUAN UNIQLO DAN JIL SANDER
UNIQLO TERUS MERANCAKKAN DUNIA FESYEN DENGAN SEKEMBALINYA KOLEKSI KOLABORASI UNIQLO & JIL SANDER. ITEM-ITEM ASAS DAN AKSESORI DIPERSEMBAHKAN, DALAM NADA RILEKS, BERKONSTRUKSI TEGAP SERTA PENGINOVASIAN WARNA ASAS DEDIKASI MUSIM LURUH.
20 November, Jumaat ini, peminat-peminat fesyen di Malaysia berpeluang mendekati koleksi kolaborasi Uniqlo dan Jil Sander, +J di stor Uniqlo, Mid Valley Megamall.
Melalui laman rasmi Uniqlo, kempen fesyen serta ‘lookbook’ +J dipaparkan sepenuhnya dengang menampilkan serangkaian rekaan lelaki dan perempuan yang berestetika ‘bersih’ dan minimalis. Selaras dengan identiti jenama Jil Sander dan Uniqlo.
Koleksi +J merangkumi item utama lelaki, seperti jaket, blazer, baju sejuk, kot tebal, jaket parka, kemeja T, kemeja, seluar dan aksesori kecil termasuklah tali pinggang dan topi beanie.
Koleksi +J mula diperkenalkan pada 2009, dan sejak itu mula mencetus fenomena tersendiri, pun begitu beberapa tahun kemudian, tidak diteruskan. Namun, sekarang kembali dipersembahkan dengan nafas baru demi memenuhi kehendak golongan fesyen masa kini.



Tiap rekaan yang terkandung adalah bersifat praktikal, yang mana mengutamakan kefungsian stail dalam penggayaan harian. Namun, tidak sama sekali menyingkirkan aspek fesyen melalui butiran serta konstruksi rekaan yang berdaya tinggi. Fokus pada fesyen terlihat nyata pada pemilihan fabrik, corak dan trik suai padan yang dikongsinya melalui ciptaan kempen fesyen.
Koleksi +J musim ini, mengajak pengikut fesyen untuk berekperimen gaya minimal tanpa kelihatan mendatar mahupun tampak kurang menyerlah.
Dedikasi musim luruh, material yang digunakan adalah tebal, namun bersifat ringan. Menjamin keselesaan pemakai untuk menggayakannya sewaktu musim sejuk. Reka bentuk jaket dan kot yang kebanyakkannya ‘oversized’, memberi opsyen gaya yang pelbagai.
Koleksi +J turut boleh didapati pembelian secara online.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini











