PHARELL WILLIAMS LANCARKAN PRODUK PENJAGAAN KULITNYA SENDIRI BULAN INI

Foto: Instagram Pharell Williams
Kalau anda pengikut setia Pharell Williams, pasti ada satu hal yang anda perasan, wajahnya tidak banyak berubah, dari zaman tampil berkumpulan hinggalah saat melancarkan kerjaya solo, dia bagaikan tidak dimamah usia. Ada yang berpendapat orang berkulit gelap memang begitu, lambat kelihatan tua. Tapi saya tak percaya atas kerana faktor itu semata dia nampak muda, pasti dia sendiri rajin menjaga kulit mukanya. Masakan selebriti yang sibuk dengan konsert jelajah, kerja rakaman dan pelbagai rutin kerja lagi boleh tampil sesegar Pharell tanpa sebarang usaha untuk menjaganya.
Terbaru, penyanyi berusia hampir setengah abad itu (Pharell kini sudah 47 tahun) akan melancarkan label penjagaan kulitnya sendiri. Ini pastinya satu berita baik buat peminatnya. Tambah menarik, produk ini bersifat uniseks, formulanya dicipta untuk lelaki dan perempuan. Nampaknya Pharell mengikut jejak Rihanna yang melancarkan produk penjagaan kulit uniseks dan untuk semua jenis kulit. Lebih menarik, bekas produk ini diperbuat menggunakan 50 peratus plastik kitar semula. Dinamakan sebagai Humanrace yang juga sama dengan nama koleksi kolaborasinya bersama Adidas, Pharell mengumumkan khabar gembira ini menerusi Instagramnya. Rangkaian ini dijadulkan dilancarkan pada 25 November.
Sebagai langkah permulaan, Pharell bakal memperkenalkan Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator, Humidifying Cream and Routine Pack. Antara bahan yang diguna Pakai dalam produk ini ialah glycolic acid, kaolin clay dan snow-mushroom extract.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Bagi meraikan watak Zahra dalam Chelot, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.











