EMPAT DEKAD HUBLOT DALAM DUNIA HOROLOGI
Pertama kali dilancarkan jenama Hublot pada empat dekad yang lalu yakni tahun 1980. Masuk 2020, Hublot diraikan sempena sambutan ulang tahun ke 40 mereka menerajui dunia horologi. Mungkin orang luar bidang jam tangan akan merasakan 40 tahun ini satu detik yang lama, namun Hublot masih dilihat anak muda dikalangan jenama jam gergasi lain. Namun, mereka tidak dipandang sepi kerana Hublot adalah peneraju utama dalam penghasilan jam tangan berekaan moden. Juga, antara yang bijak melawan arus trend semasa.

Duta Hublot, Chef Andreas Caminada
Art of Fusion menjadi pegangan mereka di Hublot. Kolaborasi diantara rekaan, inovasi dan kerjasama antara jenama ini dengan pihak luar selalu membuahkan kesan yang positif. Gabungan yang lama serta baru dan paduan material lampau dengan pekakas moden adalah DNA Hublot. Mereka juga terus berkarya dengan menyuntik elemen terkini bersama artisan tradisional. Gabungan semua inilah yang menepati konsep Art of Fusion selama empat dekad di Hublot.

Duta Hublot, Richard Orlinski
Hublot dilihat sebagai jenama yang punya karakter disruptive! Ia terserlah pada kemunculan awal yang mana lahirnya jam tangan Classic Original yang gabungan emas bersama material getah. Jam tangan Hublot juga tidak kalah dalam hal bergaya. Contohnya, jam tangan Classic Fusion yang dilancarkan pada 2008, berasaskan jam tangan 1980 mereka. Cuma bezanya, jam tangan Classic Fusion ini direncanakan menggunakan rona-rona terang serta bersifat uniseks.

Hublot tawar jam pelbagai rona
Sejak 2008, Hublot menambat hati syarikat gergasi LVMH dan mula menakluki kota penting global. Hublot kini mempunyai butik di lokasi premium termasuklah New York, Geneva, Ginza, Paris dan Kuala Lumpur. Setiap butik ini menandakan kisah kemodenan Hublot dalam industri jam. Terselit juga rasa urban, lari daripada jenama jam tangan lain yang masih bersifat tradisional.

Butik Hublot di Paris

Butik Hublot di New York

Butik Hublot di Ginza
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.











