VIRTUAL PARTY JADI AGENDA AKHIR TAHUN
KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT MENGHADIRI MAKAN MALAM DAN PESTA PADA MUSIM PERAYAAN INI SECARA FIZIKAL. TETAPI ITU TIDAK BERMAKNA ANDA TIDAK HARUS BERUSAHA UNTUK KELIHATAN BERGAYA DALAM ACARA MAYA.
Rasanya, semua boleh bersetuju bahawa tahun 2020 sangat mengejutkan. Dan sekarang, lebih menghampakan kita, musim pesta bakal tiba dan kita tidak dibenarkan mengadakan sebarang pesta. No New Year’s celebration this time. Semua disarankan untuk duduk di rumah diam-diam.
Tetapi, situasi sekarang tidak bermakna kita tidak boleh berseronok. Cari solusi baharu yang boleh membuatkan kita berparti dengan keadaan yang selamat. Tidak berisiko. Virtual party? Unik bukan? Jikalau kita bolec mengadakan mesyuarat atau perbincangan kerja secara maya, mengapa tidak parti?
Formulanya sama, cuma tentukan konsep tertentu supaya mereka yang dijemput, dapat merasai keseronokkan bersama. Tambahan pula, banyak DJ-DJ yang bergerak secara bebas, pernah menganjurkan parti secara maya dengan memainkan playlist mereka buat hiburan. Cara ini, ia mungkin dapat mengevolusikan parti era baharu. Selamat datang ke dunia baharu!
Salah satu masalah paling sukar untuk ditangani ketika ‘menghadiri’ pesta maya, adalah apa yang harus dipakai dan digayakan?
Penyelesaiannya, yang kami dapati, adalah dengan memilih satu rekaan dan aksesori yang sudah cukup untuk mencuri tumpuan saat Zoom dipasangkan. Saat tetamu mula masuk Zoom meeting ketika parti bermula, mereka akan sebut “WOW” bertubi-tubi. Itulah item yang harus anda pakai.
Oleh itu, sama ada anda sedang makan tengah hari Krismas melalui Zoom, sesi karaoke lagu-lagu perayaan di FaceTime atau pesta rumah ‘houseparty’, kami rangkumkan idea gaya dan penataan gaya yang boleh dijadikan inspirasi sewaktu berparti secara virtual untuk tahun ini.
THE SHIRT TO WEAR IF YOU WANT TO IMPRESS
TAMPIL CHIC DALAM PARTI ZOOM
SWEATER TO WEAR IF YOU WANT TO LOOK FESTIVE
HATS
Artikel berkaitan: Idea Bingkisan Ideal TOD’S
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.



















