PEWDIEPIE DINOBAT LELAKI TERKACAK 2020 OLEH TC CANDLER
Setelah lama berteka-teki mengenai siapakah yang bakal memegang gelaran Lelaki Terkacak 2020, media antarabangsa TC Candler akhirnya membuat pengumuman di laman web Ahad lalu.
Tahniah diucapkan kepada Felix Kjellberg, personaliti YouTube dan pengulas permainan video! Dia yang lebih dikenali dengan nama PewDiePie berjaya menewaskan nama-nama hebat antaranya Chris Hemsworth di tangga ketiga, Shawn Mendes di tangga ke-12, David Beckham di tangga ke-26, Mena Massoud di tangga ke-44, Zac Efron di tangga ke-76, Shahid Kapoor di tangga ke-88 dan Cristiano Ronaldo di tangga ke-100.
Dia juga mengalahkan Kim Tae-Hyung, penyanyi daripada kumpulan BTS yang hanya berada di kedudukan kedua. Disebabkan kemenangan ini, Twitter hampir meletus dengan perbalahan di antara peminat BTS serta pengikut PewDiePie, yang mempunyai 108 juta langganan di saluran YouTube miliknya.
Seorang peminat BTS, @sanadessert yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini menulis, “Pewdiepie dinamakan sebagai lelaki terkacak 2020…saya tahu mereka menipu. Bagaimana dia boleh kalahkan Taehyung. The KIM TAEHYUNG.”
Tweet tersebut disangkal oleh peminat PewDiePie, antaranya @melonaana yang teruja dengan kemenangan bintang pujaannya itu, “Ia terjadi lagi. Beberapa peminat toksik K-pop mengkritik kehebatan PewDiePie kerana dia berada di tangga teratas dalam 100 Lelaki Terkacak. Pewds memang layak.”
Seorang lagi peminat, @timotherakista menambah, “Muncul sudah barisan ‘army’ dan peminat K-pop lain yang mahu memulakan perang kerana seorang jejaka Sweden mengalahkan Tuhan mereka.”
PewDiePie memberi respon di dalam sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.
Lelaki Terkacak 2019, Jungkook (BTS) berada di kedudukan keempat tahun ini manakala Jason Momoa yang memegang takhta ini pada 2018 hanya berada di kedudukan kelapan.
Pautan berkaitan: FORBES: YANG KAYA DAN BERJAYA TAHUN 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 KONSERT K-POP DENGAN JUALAN TIKET TERBESAR
Konsert K-Pop merupakan satu budaya yang semakin normal dan dinanti-nantikan oleh semua peminat penyanyi Korea Selatan ini secara umum. Dikenali dengan persembahan yang bertenaga serta visual yang memukau, K-pop berjaya menarik jutaan pengikut dari seluruh dunia. Konsert K-pop telah berubah menjadi acara yang bukan sahaja memaparkan muzik, tetapi juga pengalaman menyeluruh yang menggabungkan elemen tarian…
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU
Tuah menyebelahi Jin apabila diangkat sebagai wajah global baharu rumah fesyen mewah Itali, Gucci.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Dari filem “Malbatt: Misi Bakara” kepada siri “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo-joon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Disember 2023.
CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY
Ahli kumpulan BTS, Jungkook kini memegang gelaran ‘Raja Spotify’ setelah memperoleh 35.5 juta pendengar bulanan hanya menerusi Seven.