SKECHERS X CHINATOWN MARKET, CERMINAN STREETWEAR DENGAN SENTUHAN SENI
LABEL SKECHERS SENTIASA MEMBUDAYAKAN SENI DALAM TIAP REKAANYA. YANG TERBAHARU, SKECHERS MENJALINKAN KOMITMEN SENI BERSAMA PENGKARYA, CHINATOWN MARKET MENGHASILKAN REKAAN PRINSIP DAN ESTETIKA YANG TINGGI NILAI SENINYA.
Trend ‘streetwear’ diperkukuhkan lagi dengan tawaran baharu Skechers, yang mana mengundang pengkarya seni asal Los Angeles, CHINATOWN MARKET sebagai rakan kolaborasi baharu. Trend kolaborasi kreatif bersemarak hebat dalam lapangan fesyen, membuktikan bahawa kolaborasi seperti ini adalah lebih mengujakan serta berupaya mencetus ‘hype’ sehinggakan tercetus fenomena.
Kerjasama kreatif ini telah mengmui peminat fesyen pada Disember lepas, yang berteraskan elemen ‘bold & powerful’, mempersembahkan helaian dan sniker bersifat uniseks. Beberapa cetakan seni serta warna yang bervariasi seiring dengan identiti tersendiri Skechers dan CHINATOWN MARKET.
Dengan trend sniker yang berkembang pesat, khusus koleksi ini, sniker bersiluet Stamina 2.0 dihadirkan, diserlahkan lagi dengan jaluran hijau, biru, merah dan kuning-menyimbolkan jiwa muda. Kecemerlangan rekaan sniker bereka bentuk ‘chunky’ tersebut dipertingkatkan lagi dengan kusyen selesa ‘Air Cooled Memory’.
Dedikasi penggemar fesyen ‘streetwear’, selain selesa, estetika seni yang kaya, semestinya menangkap perhatian anak muda dengan pilihan warna yang pelbagai. Rangkaian kemeja T, baju panas berhud bernada vibrant, bold and playful dimainkan secara bebas. Tiara peraturan tetap dalam memadukan koleksi ini. Opsyen buat lelaki yang gemar bermain stail unik.
Artikel berkaitan: Atma Kreatif Franck Muller x New Balance
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OSCAR YUHANG: FESYEN, GAYA DAN PERSONALITI
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FROM THE STREETS: 5 JENAMA LOKAL BERGAYA ON POINT
Lima jenama lokal yang membawa nafas baharu kepada streetwear Malaysia dengan gaya berani dan penuh karakter.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
















