ATMA KREATIF FRANK MULLER X NEW BALANCE
SESUATU YANG UNIK, YANG MANA JENAMA JAM TANGAN, FRANCK MULLER DAN FESYEN, NEW BALANCE BERSATU, MEMUNCULKAN SERANGKAIAN SNIKER BAHARU. TERTAMBAT PADA KEMAHUAN SEKARANG, FAKTOR PRAKTIKAL DAN KESUKANAN BERGABUNG MENJADI SATU PENCIPTAAN UNGGUL.
Franck Muller dan New Balance mempersembahkan deretan sniker yang bersifat kausal, namun sempurna sekiranya dipadankan dengan tema gaya formal. Lebih-lebih lagi, sangat tepat untuk digayakan bersama penggayaan yang menjunjung stail ‘modern tailoring’. Dedikasi kehendak pasaran sekarang, struktur klasik dan ironik “CM996” New Balance telah diperbaharui sepenuhnya bagi menonjolkan aspek kesukanan dan atletik yang lebih moden.
Identiti Franck Muller terlihat jelas pada warna ‘insole’ kasut yang menggarap kecirian koleksi jam tangan Franck Muller’s Colour Dreams. Hadir dalam variasi warna yang lantang, emas dan perak, ia diserlahkan dengan tekstur santal pada sisi permukaan kasut yang nyata cool.
Pemilihan warna-warna unik yang ditawarqkan menjurus kepada karakter New Balance yang gemarkan sesuatu yang luar biasa. Khusus koleksi ini, ia nyata bereksperimen dengan teknologi material dan inovasi permukaan fabrik untuk mereka cipta himpunan cetakannya.
Ia turut menyuntik elemen intelektual pada aksesori tersebut. There is serious thought and concept disebalik kecemerlangan koleksi ini. Ringkasnya, sniker Franck Muller x New Balance merupakan satu ekspresi gaya punya statement tersendiri. Futuristic elegance, mungkin?



Artikel berkaitan: The North Face x GUCCI Kolaborasi Hangat 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANN POW, DUTA NEW BALANCE MALAYSIA JADI WANITA MALAYSIA PERTAMA TAMATKAN ULTRAMAN AUSTRALIA 2026
Duta New Balance Malaysia, Ann Pow mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026.
KOLABORASI GLAM LELAKI DAN CORTINA WATCH HARGAI SENI PEMBUATAN JAM TANGAN
Kolaborasi antara Cortina Watch dan GLAM Lelaki menjadi bukti bahawa dunia horologi mewah terus berkembang selari dengan gaya hidup moden.
EVOLUSI DIRI ALVN & KETEKUNAN MASANYA
Kerjaya ALVN dibentuk melalui usaha konsisten, disiplin dan keberanian untuk mencuba pelbagai cabang industri hiburan.
NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK
ABZORB 1890 oleh New Balance. Gabungan warisan dan inovasi dengan keselesaan SBS ABZORB. Boleh didapati di Malaysia mulai 12 Mac 2026.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.











