Skip to content

JOHNNY DEPP AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI AMBER HEARD

JOHNNY DEPP TUNTUT PERBICARAAN SEMULA UNTUK KES FITNAH

Kongsikan artikel ini

November lalu, pelakon Pirates of the Caribbean, Johnny Depp dilaporkan kalah terhadap kes fitnah yang dikemukannya terhadap News Group Newspapers, penerbit The Sun dan editor eksekutif, Dan Wootton selepas digelar “kaki pukul” dalam sebuah artikel mengenai tuduhan bekas isterinya, Amber Heard pada 2018.

Dan kini, dia menuntut perbicaraan semula kerana menurutnya, perbicaraan tersebut tidak adil dan keputusan hakim jelas salah.

Peguambelanya, David Sherborne telah meminta Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan mengarahkan perbicaraan semula.

Alasannya? Pihak hakim gagal memeriksa bukti dengan lebih mendalam. Dokumen sokongan juga sudah diserahkan kepada pihak mahkamah agar mempertimbangkan semula rayuan itu.

 

Foto: Associated Press / Karwai Tang / WireImage / Getty Images

 

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 16 hari, Amber memberi keterangan dan menuduh Johnny menyerangnya sebanyak 12 kali sepanjang tempoh perkahwinan mereka, kebanyakannya ketika Johnny berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam filem The Rum Diary pada 2009 dan berkahwin pada 2015. Amber menfailkan perceraian pada Mei 2016 dan mereka disahkan bercerai setahun kemudian.

Nampaknya kes ini juga turut mempengaruhi kerjayanya di Hollywood. Selepas beberapa hari diumumkan kalah kes, Johnny diminta untuk menarik diri daripada membintangi filem Fantastic Beasts 3. Wataknya itu akan digantikan oleh pelakon Denmark, Mads Mikkelson.

 

Foto: The Associated Press

 

Pautan berkaitan: COLIN JOST DIPAKSA BERJENAKA MENGENAI KONTROVERSI ISTERI, SCARLETT JOHANSSON

 

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LIMA BEG MENARIK DARI KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

Bacaan Lanjut
BARISAN ARTIS KOREA YANG MENYUMBANG KEPADA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE & SYRIA

BARISAN ARTIS KOREA YANG MENYUMBANG KEPADA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE & SYRIA

Bacaan Lanjut
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

Bacaan Lanjut
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23

Bacaan Lanjut
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga

Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga

Bacaan Lanjut

“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU

Bacaan Lanjut