Skip to content

BURBERRY CHINESE NEW YEAR 2021

BURBERRY CHINESE NEW YEAR 2021

Kongsikan artikel ini

MENJELANG TAHUN BARU CINA, BURBERRY BERSEPAKAT MENAWARKAN KOLEKSI KAPSUL BURBERRY CHINESE NEW YEAR 2020. DISEMARAKKAN LAGI DENGAN PENERBITAN VIDEO KEMPEN BERTAJUK “A NEW AWAKENING”, ARAHAN DEREK TSANG.

Bersempena merayakan Tahun Baru Cina, Burberry menyemarakkan perayaan utama masyarakat Cina itu dengan tawaran baharu yang memuatkan serangkaian pakaian dan aksesori. Dihiasi motif Thomas Burberry Monogram yang telah diperbaharui, menyemat ia sebagai motif utama dalam rekaan-rekaannya Kali ini.

Motif tersebut berwarna lantang, pada masa yang sama bertujuan untuk meraikan tahun haiwan lembu mengikut kalendar Lunar. Haiwan lembu melambangkan bumi, kuasa dan ketenangan. Pakaian yang terkandung, seperti jaket bomber, kemeja, seluar, kot trench, sniker, beg pinggang dan topi.

Khusus koleksi ini, Riccardo Tisci merangkap Pengarah Kreatif Burberry berkata, dia sering mencari inspirasi baharu nan segar melalui alam dan menggarap semangat alam itu. Sempena melangkah ke tahun baharu, Riccardo menyarankan semua untuk menyambung usaha mencari cinta, ketenangan, kekuatan dan harapan. Itulah yang membuatkan kehidupan itu indah.

Selaras dengan itu, karya seni “A New Awakening” dilancarkan, mengisahkan hubungan antara manusia dan dunia luar. Life is always about discovering new things.

Burberry menyunting Derek Tsang, selaku pengarah untuk video kempen Tahun Baru Cina ini. Menyatukan ilham Burberry dengan dunia seni, memunculkan satu gagasan memadukan pelakon-pelakon utama Bergama rangkaian Chinese New Year 2021. Zhou Dongyu dan Song Weilong digandingkan beraam untuk menyampaikan cerita “A New Awakening”. Video penuh boleh dilayari bermula 18 Januari 2021.

 

Burberry

Burberry

Artikel berkaitan:CALVIN KLEIN CNY2021 MERAIKAN MUSIM PERAYAAN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut