WILMER VALDERRAMA PEMILIK KERETA IKONIK THAT ‘70S SHOW
Kereta ikonik 1969 Oldsmobile Vista Cruiser yang digunakan dalam rancangan That ’70s Show secara rasminya milik Wilmer Valderrama!
That ’70s Show merupakan sitkom bersiri mengisahkan tentang sekumpulan sahabat remaja yang tinggal di Point Place, Winconsin pada era 70-an.
Sitkom ini ditayangkan dari tahun 1998 sehingga 2006 dan menampilkan pelakon-pelakon hebat termasuk Mila Kunis, Ashton Kutcher, Danny Masterson, Laura Prepon, Lisa Robin Kelly dan Wilmer sendiri, yang melakonkan watak sebagai Fez, seorang pelajar pertukaran asing.

Foto: Robert Sebree/20th Century Fox/Kobal/Shutterstock
Sewaktu menjadi tetamu di The Kelly Clarkson Show, pelakon ini mendedahkan bahawa dia membeli kereta tersebut selepas sitkom itu berakhir.
“Ketika itu kami sedang dalam penggambaran untuk musim terakhir That ‘70s Show. Saya terus menuju ke jabatan prop dan bertanya berapa harga Vista Cruiser tersebut. Mereka seakan tidak percaya yang saya mahu membeli kereta prop. Saya dengan yakin menjawab, ‘Ya, saya perlukannya.’ Jadi mereka menjualnya kepada saya pada harga USD500 (RM2,000),” katanya.
Bintang NCIS itu juga berkongsi kepada Kelly Clarkson bahawa dia tidak pernah menyesal membeli kereta tersebut, walaupun jika ia hanya terbiar di dalam garaj dengan bateri.
“Sejujurnya, ia perkara paling baik yang pernah saya perolehi sepanjang berada dalam bidang ini. Bila saya lihat kereta tersebut, ia mengingatkan saya kepada zaman remaja sewaktu saya baru berusia 17, 18 tahun, ketika penggambaran intro That ‘70s Show di mana kami memandu kereta tersebut.
“Dan sejujurnya, ia akan kekal menjadi milik keluarga saya. Saya akan masukkan ke dalam wasiat untuk pastikan anak-anak saya menggalas beban menyimpan kereta ini di dalam garaj,” selorohnya.
Foto: Rich Fury/Getty Images
Pautan berkaitan: TOM HOLLAND HILANG BERAT BADAN 14KG UNTUK FILEM TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DWAYNE JOHNSON LUAH HASRAT UNTUK MENJADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
“Saya akan mempertimbangkan untuk bertanding sebagai presiden jika itu yang dimahukan oleh orang ramai." - Dwayne Johnson
IZZUE ISLAM BERI SUMBANGAN PELITUP MUKA BERNILAI RM35,000?
Izzue Islam dilihat bersifat lantang dalam meningkatkan kesedaran mengenai pandemik coronavirus menerusi media sosial.
GRANT GUSTIN KONGSI PENGALAMAN BERDEPAN ANXIETY DAN DEPRESI
Pelakon The Flash ini mendedahkan, dia mengalami tekanan dan mimpi pelik sejak berusia empat atau lima tahun.
DEMI CINTA, SHAWN MENDES SANGGUP CIUM KAKI CAMILA CABELLO?
“Saya mencium kaki kamu kerana saya cintakan kamu @camila_cabello." - Shawn Mendes
ALASAN BLAKE SHELTON ENGGAN TURUNKAN BERAT BADAN
Sebelum ini Shelton mendedahkan bahawa dia merancang untuk menurunkan berat badan sebelum bergelar suami kepada Gwen Stefani.
BRAD PITT PILIHAN TOM HOLLAND UNTUK PROJEK FILEM AKAN DATANG
“Saya percaya dia akan memainkan watak tersebut dengan baik sekali. Kami mempunyai jenis tubuh yang sama.” - Tom Holland