Skip to content

ENGGAN PAKAI PELITUP MUKA, BRUCE WILLIS DIHALAU DARI FARMASI

Kongsikan artikel ini

Walaupun kes Covid-19 semakin meningkat dari sehari ke sehari, namun masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran untuk mengurangkan penyebaran virus membimbangkan ini, termasuk pelakon legenda Bruce Willis.

Baru-baru ini Willis dihalau keluar dari sebuah farmasi di Los Angeles kerana enggan mengenakan pelitup muka. Dia memasuki premis tersebut dengan skarf tergantung di lehernya, namun tiada pelitup muka kelihatan.

Tindakan ini mengundang kebimbangan dan kemarahan pelanggan lain yang berada di kedai tersebut, lalu dia diarah keluar tanpa sempat membeli apa-apa.

Nama Willis kemudian hangat di Twitter selepas fotonya tersebar di media sosial dan mengundang kemarahan umum.

 

Foto: Backgrid

 

Di Amerika Syarikat, penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutamanya ketika keluar membeli-belah atau bersosial.

Mengakui kesalahannya, Willis kemudian mengeluarkan permohonan maaf dan mengatakan, “Ia adalah satu kesilapan. Semoga semua orang selamat dan terus memakai pelitup muka,” ujarnya.

Los Angeles mencatat kes Covid-19 paling tinggi di Amerika Syarikat, manakala jumah kematian di California mencecah lebih 30,000. Seramai 10 orang disahkan positif setiap minit di kawasan bandar raya.

 

Foto: Getty Images

 

Pautan berkaitan: SUMBANGAN KELUARGA TOD’S DELLA VALLE UNTUK BANTUAN COVID-19

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut