SUMBANGAN KELUARGA TOD’S DELLA VALLE UNTUK BANTUAN COVID-19
Sokongan dan sumbangan Keluarga Tod’s Della Valle dalam membantu keluarga yang menderita dek Covid-19 kini berjaya mencecah 11.5 juta Euro.
Keluarga Tod’s bangga mengumumkan bahagian pertama dana “Semper con Voi” telah diedarkan kepada 60 keluarga pertama yang terdiri daripada doktor dan pegawai kesihatan yang kehilangan nyawa dalam memerangi Covid-19.
Berkat sumbangan keluarga Della Valle dan atas kemurahan hati ramai orang yang turut memberi sumbangan, dari syarikat besar hinggalah sumbangan daripada individu, dana “Semper con Voi” telah mengumpul lebih dari 11.5 juta Euro yang akan diperuntukkan untuk 260 keluarga. Dan yang berjaya dikumpulkan ini adalah tanda kasih sayang dan terima kasih kepada mereka yang tidak teragak-agak mengorbankan nyawa mereka sendiri untuk memerangi penyebaran virus Covid-19 daripada terus berleluasa.
Proses pengedaran bermula pada bulan September lalu, dan pengelolaannya diserahkan kepada Dipartimento della Protezione Civile, yang telah menjalankan operasi ini dengan penuh ketelusan dan pantas. Jumlah yang dikumpulkan akan dibahagikan sepenuhnya mengikut kriteria yang mengambil kira jumlah keluarga, memberi keutamaan kepada keluarga yang lebih besar dan mereka yang masih membela orang tua atau orang kurang upaya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dana “Semper con Voi” yang telah menunjukkan kemurahan hati dan solidariti mereka untuk membantu mengatasi saat sukar ini”, kata Diego Della Valle.
Pautan berkaitan: IDEA BINGKISAN IDEAL TOD’S
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALTIMET TERUS MENGORAK LANGKAH DENGAN PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRI
Buat masa ini SVL TAN Management menaungi lima bakat tempatan iaitu Sherson Lian, Haniff Hamzah, Hazama, Saint Kylo dan Altimet sendiri.
Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?
Regé-Jean menangani khabar angin beliau mengenai spekulasi terbaru mengenai dia bakal menjadi James Bond yang seterusnya setelah keluar dari Bridgerton.
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal
Perubahan budaya dan teknologi semakin drastik, namun, satu perkara yang masih tetap berterusan tanpa berubahan: idea bagaimana masculinity dikemukakan.
SELEPAS KARTIK AARYAN, AAMIR KHAN PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19
Tidak dinyatakan sama ada pelakon ini dijangkiti di tempat kerja atau melalui kontak rapat.
KHAIRY JAMALUDDIN TERUS FASIH BERBAHASA MANDARIN SELEPAS SUNTIKAN SINOVAC
Jenaka itu dibuat sejurus selepas beliau menerima suntikan vaksin keluaran China.
PM INDIVIDU PERTAMA TERIMA DOS LENGKAP PFIZER-BIONTECH
Beliau juga merupakan individu pertama yang menerima dos pertama vaksin ini pada 24 Februari lalu.