GIORGIO ARMANI TAMPILKAN KOLEKSI LUNAR 2021
MEMASUKI TAHUN BARU, GIORGIO ARMANI MENGUSULKAN NUANSA MERAH DAN BIRU SEBAGAI PENEGASAN GAYA. MENGHADIRKAN SERANGKAIAN PAKAIAN SEDIA PAKAI DAN AKSESORI SEMPENA MERAYAKAN TAHUN BARU LUNAR 2021.
Tidak seperti jenama fesyen yang lain, Giorgio Armani mengekalkan DNA-nya untuk menghadirkan koleksi kapsul Tahun Baru Lunar 2021. Intipati elegan serta karismatik disatukan secara realistik, memunculkan satu gagasan yang mengandungi pakaian sedia pakai dan aksesori.
Menggarap warna merah sebagai taruhan utama yang cukup signifikan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Juga terdapat rekaan dan aksesori warna biru yang bertindak sebagai opsyen gaya. Pilihan warna tersebut diamati Armani secara eksklusif. Ternyata, ia melambangkan warna kebanggaan masyarakat Cina semenjak dahulu lagi.
Menawarkan koleksi lelaki dan wanita, koleksi ini dikira cukup energik dan eksploratif. Tidak sedikit pun menyingkirkan faktor mewah, palet warna untuk musim ini mengeksplorasi kebolehan dalam tampilan yang beragam. Ia bukan sekadar menunjukkan kemewahan melalui penampilan, tetapi turut menggabungkan beberapa unsur penting lain yang punya kerelevanan kuat terhadap pencitraan lelaki dan wanita masa kini.
Koleksi lelaki memerihalkan faktor kesukanan, yang mana rekaan seperti baju panas, jaket utiliti, kemeja Polo, baju panas berhud, seluar longgar, beg pinggang, topi merupakan tawaran utama. Helaian bersifat formal, seperti sut dan seluar yang menegaskan warna merah juga membentuk opsyen buat para lelaki bercita rasa klasik dalam fesyen. Sempurna untuk digayakan pabila menghadiri acara keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina. Koleksi Giorgio Armani untuk Tahun Baru Cina 2021 ini boleh didapati di seleksi butik Giorgio Armani.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI
GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.

















