5 MOMEN KONTROVERSI ARMIE HAMMER
Bekas pelakon Gossip Girl, Armie Hammer tidak pernah lari daripada kontroversi atas kelakuannya yang sering kali mengundang kecaman, sejak awal pembabitannya dalam kerjaya seni lagi.
Dia dikecam netizen minggu lalu selepas beberapa wanita berkongsi mesej tangkapan skrin yang dihantar oleh Armie Hammer kepada mereka di Instagram. Mesej tersebut bercerita secara terperinci mengenai fantasi seksual dominasi pelakon itu daripada pemerkosaan, mutilasi sehinggalah kanibalisme.
Namun kontroversi ini bukanlah yang pertama untuk Hammer. Namanya pernah menjadi tajuk berita sebelum ini kerana bersikap terlalu terbuka di Twitter dan Instagram, juga kerana berkongsi maklumat terlalu peribadi ketika temu bual.
Berikut antara momen kontroversi Hammer yang paling diingati sehingga ke hari ini.
KOMEN MENGENAI SEKS GANAS
Tujuh tahun sebelum kes Direct Message bintang Rebecca ini tersebar, dia secara terbuka berkongsi tentang kecenderungannya terhadap BDSM ketika wawancara bersama Playboy.
“Dulu saya gemar menjadi lelaki dominan di kamar. Saya suka menarik leher dan rambut pasangan, perkara seperti itu. Namun selepas berumah tangga, selera seksual saya berubah. Maksud saya ia menjadi lebih baik, bukannya saya menderita.
“Tapi saya tidak boleh menarik rambut isteri kerana terdapat garisan pemisah, ‘Saya terlalu menghormati kamu, jadi saya tidak akan lakukan perkara-perkara yang saya terasa mahu lakukan,’” katanya pada Jun 2013, tiga tahun selepas bergelar suami kepada Elizabeth Chambers. Pasangan ini berpisah pada Julai 2020.

Foto: Matt Baron/BEI/Shutterstock
ARTIKEL BUZZFEED
Pada November 2017, BuzzFeed menerbitkan sebuah artikel bertajuk Ten Long Years of Trying to Make Armie Hammer Happen yang dikarang oleh penulis kanan web, Anne Helen Petersen.
Dalam artikel tersebut, penulis mempersoalkan sama ada Hammer “benar-benar seorang bintang unik yang akhirnya mendapat perhatian di atas bakat yang dimiliki, atau sekadar jejaka kacak berkulit putih yang dengan mudahnya diterima masuk ke dalam dunia Hollywood.”
Hammer menggelar penulis tersebut “perengus” setelah membaca artikel yang tular. Dia membalas, “Mungkin saya hanyalah seorang jejaka yang mencintai kerjayanya dan enggan lakukan perkara lain selain apa yang disukainya…?”.
Dia kemudian mengumumkan mahu berehat daripada Twitter, namun kembali membicarakan topik yang sama dua bulan kemudian. Pada Februari 2018, dia memuat naik ciapan meminta Peterson agar “cuba bermeditasi” atau “mengambil ubat” kerana tidak berfikiran terbuka.
CIAPAN MENGENAI STAN LEE
Beribu selebriti dan peminat berkongsi foto peribadi bersama Stan Lee pada November 2018 selepas kematian pengarang Marvel Comics itu. Hammer sempat memberi sindiran di Twitter dengan mengatakan “tiada cara yang lebih baik untuk memperingati legenda selain memuat naik foto diri sendiri”.
Walaupun telah membuat permohonan maaf kerana tidak sengaja menyinggung perasaan mereka yang sedang berkabung di atas kematian ikon tersebut, calon Golden Globe ini menidakkan perkara itu pada Februari 2019.
“Saya tidak berasa kasihan pada mereka yang tersinggung. Meraka bertemu Stan Lee hanya sekali dalam hidup dan memanfaatkan momen tersebut dengan berpura-pura bersedih,” katanya kepada British GQ.

Foto: Shutterstock
VIDEO ANAK LELAKI
Ramai pengikut di Instagram geli-geleman apabila dia berkongsi video pada Julai 2019 di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun menghisap ibu jari kakinya. “Ia berterusan selama tujuh minit. #footfetishonfleek,” dia menulis di kapsyen.
Chamber berjenaka di belakang kamera mengatakan ia “tidak normal”, dan tidak lama kemudian meyakinkan peminat bahawa keselamatan dan kesejahteraan anak-anak adalah keutamaan mereka.
TUDUHAN DI INSTAGRAM
Selepas beberapa wanita termasuk penulis Jessica Ciencin Henriquez berkongsi tuduhan mengenai salah laku Hammer di media sosial minggu lalu, pelakon ini menarik diri daripada penglibatannya dalam filem Shotgun Wedding yang akan turut dibintangi Jennifer Lopez. “Armie membuat permohonan untuk menarik diri, dan kami sokong keputusan ini,” kata jurucakap produksi.
Hammer kemudian mengeluarkan kenyataan, “Saya tidak akan memberi respon terhadap tuduhan tidak berasas ini, namun dengan serangan keji dan palsu yang dilakukan di atas talian terhadap saya, saya tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak untuk menjalani penggambaran selama empat bulan di Republik Dominika.”
Foto: Brian Bowen Smith/The Hollywood Reporter
Pautan berkaitan: ALEX RODRIGUEZ DITUDUH SEBAGAI KAKI PEREMPUAN DAN PENIPU BERSIRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA AKTOR KOREA JADI PANDUAN GAYA LELAKI ALFA
Siapa pilihan kamu, Park Seo Joon atau Song Joong Ki? Inilah nama aktor Korea yang GLAM Lelaki salute sekarang!
SENARAI PENUH PEMENANG GOLDEN GLOBES KE-78
Berbanding tahun-tahun lalu, anugerah Golden Globes kali ini mendapat lebih tumpuan atas beberapa sebab.
DWAYNE JOHNSON LUAH HASRAT UNTUK MENJADI PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
“Saya akan mempertimbangkan untuk bertanding sebagai presiden jika itu yang dimahukan oleh orang ramai." - Dwayne Johnson
IZZUE ISLAM BERI SUMBANGAN PELITUP MUKA BERNILAI RM35,000?
Izzue Islam dilihat bersifat lantang dalam meningkatkan kesedaran mengenai pandemik coronavirus menerusi media sosial.
GRANT GUSTIN KONGSI PENGALAMAN BERDEPAN ANXIETY DAN DEPRESI
Pelakon The Flash ini mendedahkan, dia mengalami tekanan dan mimpi pelik sejak berusia empat atau lima tahun.
DEMI CINTA, SHAWN MENDES SANGGUP CIUM KAKI CAMILA CABELLO?
“Saya mencium kaki kamu kerana saya cintakan kamu @camila_cabello." - Shawn Mendes