H&M MENJIWAI MAKNA DISEBALIK TAHUN BARU CINA
H&M MELANCARKAN KEMPEN DEDIKASI PERAYAAN TAHUN LUNAR 2021. MENAWARKAN KOLEKSI PAKAIAN SEDIA PAKAI DAN AKSESORI UNTUK SEISI KELUARGA. NILAI ESTETIK DAN MAKNA YANG TERSEMAT UNTUK KOLEKSI INI YAKNI KEPELBAGAIAN DAN KEKELUARGAAN.
Meskipun, pandemik Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan, tidak semestinya perayaan utama masyarakat Cina , Tahun Baru Cina akan disambut sepi. Namun, yang penting ialah semangat menjiwai makna disebalik perayaan itu. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun ini.
H&M melancarkan kempen perayaan Tahun Lunar, dengan penampilan istimewa wajah-wajah Asia sebagai penghias kempen. Untuk tahun ini, H&M memilih tema keindividuan dan kepelbagaian yang dirai melalui aspek fesyen. Antara wajah yang menghiasi kempen ialah, Wang Shuan (pemain bola sepak wanita), Lamuyangzi (influencer), David Yang (model dan penyanyi), Xiao Jie (penyanyi) serta anaknya, dikumpulkan dalam penerbitan kempen tersebut. Penyatuan mereka dirakam ibarat satu keluarga dalam kemeriahan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Elemen kekeluargaan ternyata mendukung hebat konsep seni kempen tersebut.
Konsep kempen ini menggunakan tajuk “Connect All Differences”, menggabungkan DNA H&M serta aspek diversifikasi yang membentuk gelombang industri fesyen masa kini. Melalui kempen tersebut, bakat-bakat dari latar belakang yang berbeza, berpeluang berkongsi rasa dan harapan yang sama iaitu meraikan kepelbagaian.
Lagu klasik “You Got The Love” dipilih sebagai runut bunyi untuk kempen ini. Yang telah digubah dalam rentak yang segar, moden, dan selaras dengan tahun baru. Pemilihan lagu tema tersebut, memeriahkan lagi suasana perayaan yang ditampilkan dalam video pendek.
Lebih daripada 10 rekaan lelaki yang ditawarkan untuk musim ini. Helaian dan aksesori yang bernada kasual, juga tersisip faktor kesukanan, menyediakan opsyen yang selesa untuk digayakan sepanjang perayaan. Uniknya, koleksi kali ini bukan hanya boleh digayakan oleh orang Cina sahaja, sesiapa sahaja boleh memakainya sesuai acara. Koleksi ini sudah mula boleh dimiliki dengan pembelian seleksi stor H&M dan online.




Artikel berkaitan: THE ONITSUKA TIGER ATTITUDE PENUH KARAKTER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.











