RAHSIA DANDANAN RAMBUT PROFESIONAL DI RUMAH
Bosan di rumah? Kemas kini skil anda dalam mendandan rambut sesuai dengan gaya masa kini. Miliki alatan pendandan terbaik di pasaran.
Setiap kali melangkah ke kedai gunting rambut, anda pasti teruja atau disapa oleh beberapa item yang sedia ada di kedai tersebut. Malah, item tersebut merupakan alatan rambut yang biasa buat kaum lelaki. Contohnya adalah seperti gunting, pisau cukur yang tajam, gel atau pomade, dan beberapa lagi item signature yang lain. Kini, dandanan buat lelaki boleh menjadi lebih ekstra dan dapat dibandingkan dengan penjagaan buat wanita.
Cuba bayangkan berapa kali dalam setahun, kebanyakan lelaki membeli dan memiliki alatan seperti pencukur, pemangkas janggut, atau bahkan berus gigi elektrik sebagai sebahagian daripada barangan penjagaan kecantikan peribadi mereka.
Tetapi, buat lelaki yang menggayakan rambut yang lebih panjang, sama ada paras bahu atau paras lebih panjang bak gaya “Rock N Roll” lebih baik melabur untuk alatan pengering rambut. Alat pengering ini bukan sahaja mampu mengambil hati pasangan atau isteri tanpa mereka menyedarinya, malah ia dapat menyiapkan diri anda sebagai individu yang lebih kemas dan bersedia. Tidak kira umur, penampilan diri adalah penting dalam memaparkan personaliti dan menjaga keterampilan diri. Selain dari itu, untuk memastikan ia segar dan sihat, penting dalam memberi impresi yang pertama.
Kadang kala, memori hanya berlaku begitu sahaja tanpa perlu dirancang dan berkemungkinan besar terserempak dengan bakal kekasih baru pada hari tersebut. Anda tidak mahu keluar dari rumah walau hanya untuk mendapatkan kopi, dalam keadaan berambut basah! GLAM Lelaki menguji beberapa alat pengering rambut terbaik untuk melengkapi dan mengemas kini ‘meja solek’ buat lelaki.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 MAKANAN INI RAHSIA BUAT LELAKI RAMBUT LEBAT
Makanan juga dapat membantu kesuburan dan memperkuat rambut. Alternatif selain memakai serum atau minyak rambut.
HELAH RAMBUT TERPACAK 24 JAM
Hidup tidak lengkap jika tanpa dandanan rambut sempurna. Rangkaian got2b mencipta kelainan terkini untuk personaliti anda.
ANTARA POMADE, GEL DAN WAX YANG MANA PILIHAN ANDA?
Taste masing-masing! Ada yang team pomade, ada yang team wax dan ada yang team gel. Semuanya mengikut keselesaan peribadi. Tapi tahukah anda tiga produk ini punya kelainan.
RAMBUT MAKIN BERKURANGAN? INI PETUA ABANG BUJANG
Rambut sihat adalah cerminan peribadi. Sebab itu kenapa anda harus fokus dalam merapi rambut agar tampak kacak dan bergaya malah meraih perhatian mata wanita. GL bariskan petua terbaik untuk anda.
REVIU GROOMING PERTUNJUKAN MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Persembahan feyen untuk himpunan musim bunga/panas (menswear) sudah lebih 10 hari berlangsung, namun ceritanya masih belum suam, masih ada lagi yang berbicara tentang koleksi yang dipersembahkan.
SLICK BACK HAIR HANGAT DI FENDI
Idea musim bunga yang selalunya lebih bersifat carefree, yang lazimnya dibiarkan kering, messy dan berterbangan, bagaikan gaya out-of-bed, tapi tidak di Fendi kali ini.