RAPPER IRON DITEMUI MATI, BEKAS KEKASIH MUAT NAIK MESEJ SAMAR
Satu persatu kematian selebriti Korea diumumkan di media kebelakangan ini. Dua hari lalu, penyanyi rap Iron menjadi tajuk berita apabila dijumpai mati pada usia 29 tahun.
Agensi berita Yonhap mendedahkan, Iron ditemui oleh pengawal keselamatan di luar pangsapurinya sekitar jam 10.25 pagi dalam keadaan berlumuran darah.
Walaupun dikejarkan ke hospital dengan segera, nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Punca kematian masih dalam siasatan polis.
Iron mula mencipta nama selepas muncul sebagai peserta separuh akhir dalam pertandingan realiti TV, Show Me The Money 3 pada 2014.
Namanya bukan sahaja terkenal di atas bakat yang dimiliki, tetapi juga kerana skandal dan kontroversi yang pernah diciptanya sebelum ini.
Dia pernah ditahan atas dakwaan menyerang dan memukul individu bawah umur yang merupakan rakan sebilik dan pelajarnya menggunakan kayu besbol dua tahun lalu.
Sebelum ini pada tahun 2016, Iron dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan digantung kerja selama dua tahun kerana menumbuk wajah teman wanitanya beberapa kali.
Foto: Koreaboo
Pada tahun yang sama, dia didapati bersalah kerana penyalahgunaan ganja di antara tahun 2015 hingga 2016, dan sekali lagi dijatuhkan hukuman sama – penjara lapan bulan dan digantung kerja dua tahun.
Tidak terhenti di situ, dia terus mencipta skandal apabila menyebarkan khabar angin palsu mengenai bekas teman wanitanya melalui media. Dia kemudian didenda sebanyak RM18,000.
Tidak lama selepas berita kematian Iron tersebar, bekas teman wanitanya memuat naik satu foto di Instagram di mana Nicole Kidman dilihat memberi reaksi gembira selepas kes perceraiannya dengan Tom Cruise berakhir. Walaupun tiada kapsyen ditulis, pengikut mula membuat spekulasi bahawa ia merujuk kepada kematian Iron.
Foto: Todayissue2020.tistory
Berita pemergian Iron ini muncul pada hari yang sama berita kematian Song Yoo Jung didedahkan. Pelakon dan model ini meninggal dunia pada 23 Jun ketika berusia 26 tahun. Punca kematian tidak didedahkan walaupun ada laporan awal mengatakan dia meragut nyawanya sendiri.
Foto: Allkpop
Pautan berkaitan: TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, LEE JONG SUK & PARK HYUNG SIK KEMBALI BERLAKON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











